Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Ketua pembangkang dan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membatalkan lawatan dua harinya ke Pulau Pinang yang sepatutnya dijadualkan bermula hari ini.

Menurut sumber dalaman parti, Anwar, yang juga ahli parlimen Permatang Pauh terpaksa mendapatkan rawatan perubatan di Kuala Lumpur kerana sakit tulang belakangnya berulang.

Sumber itu bagaimanapun tidak dapat mengesahkan sejauh keseriusan sakit tersebut berikutan jadual ketat Anwar ketika berkempen pada pilihan raya negeri Sarawak minggu lalu.

Timbalan presiden PKR Azmin Ali dijangka menggantikan Anwar di Pulau Pinang.

Anwar dijadualkan menghadiri beberapa majlis termasuk menghadiri perbincangan 'maqasid syariah' di Dewan Sri Pinang di Georgetown.

Anwar dalam twitternya kemudiannya sempat bergurau dan menulis: "Alhamdulillah kesihatan terkawal - belum ke ICU hanya ICU khas jagaan Azizah."

"Insya-Allah akan terus dengan jadual ke PK (Sabtu) dan Kuching (Ahad)," tulisnya.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS