Para pemimpin MCA berdiri teguh di belakang presidennya Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang memberi amaran bahawa masyarakat Cina akan kehilangan perwakilannya dalam kerajaan sekiranya parti itu kalah teruk dalam pilihan raya umum akan datang.
Sejak malam tadi, ibu pejabat parti telah mengeluarkan sekurang-kurangnya lima kenyataan pelbagai pemimpinnya yang
menyokong kenyataan Chua bahawa MCA akan "membincangkan" kedudukannya dalam kerajaan jika prestasinya seburuk dalam pilihan raya umum 2008.
Kenyataan Chua itu dilihat oleh pembangkang sebagai amaran kepada masyarakat Cina bahawa mereka akan kehilangan perwakilan dalam kerajaan, memandangkan Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) - yang mewakili kaum Cina Sarawak - kalah teruk dalam pilihan raya negeri Sabtu lalu.
Bersetuju dengan kenyataan Chua itu, ketua penerangan MCA, Heng Seai Kie berkata parti itu akan dianggap tidak relevan lagi jika ia tidak mencapai kemenangan di peringkat negeri dan pusat dan tidak lagi akan dapat mewakili masyarakat Cina.
"Jika masyarakat Cina menolak MCA untuk mewakili mereka, maka MCA tidak ada pilihan tetapi menyemak semula kedudukannya dalam arus politik nasional," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Heng tidak bertanding dalam pilihan raya umum umum, tetapi dilantik sebagai senator dan kemudiannya menjadi timbalan, menteri wanita, keluarga dan pembangunan masyarakat.
Naib presiden MCA Datuk Donald Lim (kanan) pula berkata, sudah ada contoh pada 1969, apabila MCA telah memilih untuk tidak menyertai kabinet Tunku Abdul Rahman selepas kalah teruk dalam pilihan raya pada tahun berkenaan.
Katanya, jika MCA gagal memperoleh pengiktirafan daripada majoriti masyarakat Cina Malaysia, maka ia akan menjejaskan kedudukan MCA dalam BN untuk berunding bagi mendapat dan mempertahankan kepentingan kaum Cina.
Menyentuh tentang kesan pilihan raya umum 1969, setiausaha agung MCA, Datuk Kong Cho Ha berkata, semasa pembentukan BN pada 1973, MCA di bawah kepimpinan Tan Sri Lee San Choon telah menyokong gabungan baru itu "dengan syarat".
Kong berkata, MCA kemudian memutuskan untuk menyertai BN
dengan syarat itu party akan terus mewakili mewakili aspirasi masyarakat Cina sama sepertimana Umno mewakili orang Melayu.
"MCA tidak pernah berganjak daripada prinsip ini. Dengan kata lain, jika MCA hilang sokongan majoriti rakyat Cina Malaysia, MCA akan kehilangan tempat berpijak dalam arus politik perdana Malaysia.
"Jika ini berlaku, MCA mesti menjalankan satu kajian semula yang komprehensif mengenai peranan dan kedudukan parti kita, dalam kerajaan negeri dan pusat," kata Kong.
[Baca berita penuh]