Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Setiausaha Agung Parti Kebangsaan Sarawak (Snap) Stanley Jugol hari ini berkata tidak ada kemungkinan partinya akan bergabung dengan DAP.

Edmund-Stanley-Jugol “Ia tidak akan berlaku dalam masa terdekat ini. Kami tidak teruja dengan cadangan itu,” kata Jugol .

“Kami tidak akan adakan mesyuarat jawatankuasa pusat (CEC) bagi membincangkan saranan Lim (Kit Siang) itu,” katanya, sambil menambah CEC baru sahaja menangguhkan mesyauaratnya pada Isnin lalu.

Katanya CEC akan membincangkan perkara itu jika ia dikemukakan ke ibu pejabat Snap ataupun penasihat DAP tersebut menghubungi presiden mereka Edwin Dundang bagi membincangkan penggabungan berkenaan.

Jugol berkata beliau juga terkejut dengan cadangan DAP itu kerana parti Cina itu sebelum ini berkempen menentang calon Snap pada pilihan raya negeri yang lalu.

NONE Lim mencadangkan penggabungan DAP dengan Snap bagi mempercepatkan kesedaran politik Dayak berikutan pilihan raya Sarawak 16 April lalu.

 

Tindakan itu katanya bagi mengelakkan pertandingan pelbagai penjuru yang hanya menguntungkan BN.

Dalam pada itu, PKR Sarawak melahirkan rasa terkejut apabila mendapat tahu bahawa penasihat DAP Lim Kit Siang telah mencadangkan penggabungan antara DAP dan Snap.

"Oleh kerana kami adalah rakan dalam Pakatan Rakyat, kami menghargai penjelasan cadangan penggabungan daripada Lim dan DAP,” kata pengerusi PKR Sarawak Baru Bian dalam satu kenyataan akhbar yang bernada keras.

NONE Katanya, Snap di sebalik retoriknya sebagai anggota Pakatan Rakyat sebelum ini, secara terangan menampilkan 26 calon sehingga menyaksikan pertandingan pelbagai penjuru dengan PKR di beberapa kerusi.

"Snap secara konsisten agak kritikal membidas PKR atas sebab-sebab yang hanya diketahui oleh mereka,” katanya sambil menambah PKR Sarawak benar-benar kecewa dan hampa dengan pendekatan Snap dalam Pakatan.

Baru berkata kekalahan teruk Snap pada pilihan raya negeri Sabtu lalu membuktikan parti itu tidak mempunyai jentera pilihan raya, dana politik dan juga pengaruh di peringkat akar umbi.

Katanya, jumlah undi yang diperolehi oleh calon-calon  Snap jika digabungkan adalah lebih rendah berbanding dengan undi yang diperolehi oleh calon-calon Bebas.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS