Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Tricubes: Emel 1M'sia tak babit dana k'jaan
Diterbitkan:  Apr 20, 2011 4:20 PM
Dikemaskini: 10:01 AM

Projek Emel 1Malaysia tidak melibatkan dana awam, demikian menurut syarikat IT tempatan - Tricubes Bhd - yang bakal melaksanakan projek bernilai RM50 juta itu Julai depan.

NONE Ketua pegawai eksekutifnya, Khairun Zainal Mokhtar bagaimanapun berkata, projek itu terletak di bawah Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), yang dilantik sebagai fasilitator kerajaan.

Katanya, Tricubes tidak dapat mendedahkan semua butiran model perniagaannya untuk projek Emel 1Malaysial, tetapi tegasnya, sebagai syarikat tersenarai, ia telah menggariskan strategi utama bagi memastikan daya maju komersil termasuk pengiklanan dan transaksi e-perkhidmatan pada masa depan.

Dalam satu kenyataan hari ini, Khairun berkata ujian sedang dijalankan sebagai persediaan untuk melaksanakan sistem tersebut.

Projek itu akan menawarkan perkhidmatan e-kerajaan setempat seperti pemberitahuan melalui talian dan bil digital dari agensi-agensi kerajaan.

Setiap rakyat Malaysia berumur lebih 18 tahun, layak mendapat akaun emel rasmi untuk berkomunikasi dengan kerajaan.

Syarikat itu juga berkata, ia mahu membangun dan menyediakan perkhidmatan komunikasi tambah-nilai untuk perniagaan, penggunaan isi rumah dan kerajaan.

NONE Khairun memberitahu pemberita semalam - selepas projek itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak - bahawa syarikatnya ia tidak akan menyediakan perkhidmatan yang serupa dengan portal dalam talian kerajaan seperti MyEG yang tertumpu kepada pembayaran melalui talian.

Namun risalah Tricubes mengenai projek tersebut menyenaraikan 'semakan bil dan pembayaran' sebagai salah satu fungisnya.

Ditubuhkan pada 1997 dan disenaraikan di pasaran ACE pada 2004, Tricubes terlibat dalam penggunaan sistem MyKad.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS