Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Parti NasionalSarawak (SNAP), yang kalah teruk dalam pilihan raya negeri itu Sabtu lalu, menimbangkan untuk meminda perlembagaannya bagi membolehkannya melangkah ke persada politik peringkat nasional.

“Kami sedang menimbang pelbagai pilihan yang ada untuk kami membina gabungan, yang akan memastikan kestabilan halatuju dan tujuan," kata presidennya, Edwin Dundang .

NONE “Ini mungkin termasuk kemungkinan mengadakan pakatan dengan

parti-parti atau organisasi di luar Sarawak,” katanya selepas mesyuarat jawatankuasa eksekutif pusat parti itu (CEC) semalam.

“Dengan melakukan reformasi dalam parti, kami yakin SNAP akan muncul lebih kukuh dan lebih responsif sebagai sebuah organisasi politik,” tambahnya.

Ia tidak jelas sama ada Dundang merujuk kepada kenyataan penasihat DAP Lim Kit Siang semalam, yang mencadangkan penggabungan DAP-SNAP.

Sementara itu, Dundang berkata kepimpinan SNAP menerima keputusan pengundi dalam pilihan raya negeri Sabtu lalu.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS