Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

PENDAPAT Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berulangkali mengingatkan orang Melayu dan Bumiputera bahawa mereka tidak boleh memerintah bersendirian dan memerlukan sokongan kaum lain.

NONE Ingatan ini dibuat  kerana sebagai pemimpin nombor satu, beliau tahu bahawa kaum lain yang terbesar iaitu Cina dan India perlu diberi tempat dalam kerajaan. Dalam ertikata lain mereka perlu dilantik menjadi menteri, timbalan menteri atau dulu setiausaha parlimen.

Hakikat ini yang berlaku pada pilihan raya umum ke-12 di mana ramai calon MCA, Gerakan dan MIC kecundang terutama di kawasan majoriti kaum Cina dan India.

Pemimpin Umno merasakan satu kemestian untuk melantik calon MCA dan MIC yang menang untuk memegang jawatan menteri dan timbalan menteri walaupun mereka bukan presiden atau timbalan presiden parti. Malah, presiden Gerakan, Tan Sri Koh Tsu Koon turut dilantik menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Hakikat kongsi kuasa inilah yang diamalkan oleh Perikatan dan BN selepas merdeka.

NONE Dalam pilihan raya negeri Sarawak ke-10 Sabtu lalu, perdana menteri  sekali mengingatkan kaum Cina agar memastikan mereka mempunyai calon dalam kerajaan negeri itu. Mereka perlu memastikan ada calon dari kaum Cina yang mewakili SUPP dipilih agar mudah melantik mereka menjadi timbalan ketua menteri atau menteri kabinet Sarawak.

Provokasi menarik minat

Namun ingatan PM itu seolah-olah tidak dihiraukan oleh kaum Cina dengan memberi muka kepada calon DAP dan yang paling tragik ialah membenamkan Presiden SUPP, Tan Sri Dr George Chan di Piasau yang majoritinya pengundi Cina.

Pemimpin Cina lain bernasib baik kerana kawasan yang ditandingi mereka mempunyai pengundi bukan Cina yang masih yakin bahawa hanya BN saja yang boleh meneruskan politik pembangunan di Sarawak.

sarawak election miri dap ceramah 160411 05 Ingatan perdana menteri kepada Melayu dan Bumiputera itu sudah pasti dipegang kuat oleh kumpulan itu. Mereka sedar bahawa dengan memenangkan calon BN di tempat mereka sama ada di Sarawak atau Semenanjung, kerajaan boleh meneruskan agenda pembangunan dan membawa Malaysia menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi.

NONE Melayu dan Bumiputera Sarawak yang diasak bertubi-tubi dengan kempen yang diketuai oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim di kawasan pendalaman nampaknya faham bahawa hanya BN saja yang boleh memberi jaminan kemakmuran dan pembangunan.

Malapetaka politik pembangunan

Mereka juga tahu bahawa PKR atau PAS hanya memberikan janji-janji yang tidak mampu ditunaikan seperti yang berlaku di negeri yang diperintah oleh mereka. Mereka juga bimbang pemimpin PKR dan PAS diperkudakan oleh DAP seperti biasa. Ini yang mereka bimbang akan menular di Sarawak dan akhirnya boleh memudaratkan politik pembangunan.

NONE Hanya tiga kawasan yang terpengaruh dengan  pembangkang, memberi peluang kepada calon PKR termasuk orang yang dikatakan akan menjadi ketua menteri jika Pakatan Rakyat memerintah, iaitu Baru Bian.

Jika Melayu dan Bumiputera boleh berfikir rasional dan tidak berdasarkan semangat perkauman untuk memberi peluang kepada calon BN yang baik dan hebat, tidak ada sebab kaum Cina membuat sebaliknya.

Mereka perlu berfikir secara rasional untuk memilih calon yang mampu diketengahkan bagi menyuarakan pandangan atau membantu mereka.

sarawak election kuching dap ceramah 160411 03 Penolakan calon Cina dari BN memperlihatkan bahawa strategi kempen agresif pembangkang membuahkan hasil di samping kegagalan parti orang Cina di Sarawak yang gagal memahami denyut nadi mereka.

Ahli Dewan Tertinggi PERKASA, Mohd Zahid Md Arip, menegaskan kegagalan memahami denyut nadi ini menyebabkan kaum Cina menolak calon BN bukan disebabkan dasar BN.

Katanya, penolakan orang Cina terhadap BN juga disebabkan kegagalan parti-parti komponen seperti MCA, Gerakan dan SUPP menangkis serangan berunsur sentimen perkauman yang dipalu oleh DAP sejak 2008.

Sentimen perkauman

Untuk itu, SUPP, MCA dan Gerakan perlu bekerja keras lagi bagi memastikan mereka layak mewakili kaum Cina dan bukannya DAP, parti cauvinis yang sentiasa memainkan sentimen perkauman sejak dulu lagi.

sarawak election miri dap ceramah 160411 03 Bagi Yang Dipertua Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah, politik menggunakan sentimen perkauman ini tidak sihat dan DAP bertanggungjawab jika tindakan itu akan menimbulkan rasa kurang senang rakyat Malaysia yang lain.

Menurutnya, membangkitkan sentimen perkauman di kalangan masyarakat Cina boleh menjejaskan keharmonian antara kaum.


ULASAN ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan sidang pengarang Malaysiakini.

Datuk Ibrahim Yahaya adalah penasihat media Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan dan bekas Ketua Pengarah, Jabatan Penyiaran.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS