Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Suasana hari pengundian dalam pilihan raya negeri Sarawak, terutamanya di kawasan luar bandar amat berbeza dengan keadaan yang biasa berlaku di Semenanjung Malaysia.

 

Tinjauan Malaysiakini mendapati hampir tiada perayu undi – sama ada dari Pakatan Rakyat atau BN – dikesan di beberapa pusat pengundian di Pusa, dalam DUN Beting Maro.

 

NONE Turut diperhatikan, hanya Pakatan Rakyat yang mendirikan 'pondok panas' di sini sedangkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengeluarkan larangan bagi menghalang tindakan memancing undi dijalankan di hari pengundian.

Larangan berkenaan mula dikuatkuasakan pada pilihan raya kecil pada Mei 2009 melalui penguatkuasaan Seksyen 26 (1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Sementara itu, suasana juga tenang apabila pengundi dilihat terus berangkat pulang apabila selesai membuang undi.

Tiada jeritan, sorakan dan kata mengata berlaku di antara kumpulan para penyokong yang lazimnya berkumpul di luar pusat pengundian, seperti yang biasa diperhatikan di semenanjung.

NONE Keadaan ini mungkin disebabkan hubungan kemasyarakatan yang lebih erat antara satu sama lain di kawasan ini.

Para pengundi dilihat berpusu-pusu keluar untuk menunaikan tanggungjawab mereka sejak awal pagi lagi dan banyak pusat mengundi telah ditutup seawal jam 11.30 pagi ini.

Seramai 979,796 pemilih berdaftar di Sarawak layak mengundi hari ini di 71 kerusi DUN yang ditandingi oleh 213 orang calon.

Proses pengundian itu dijalankan hari ini di 1,749 pusat pengundian yang dibuka di sekolah, dewan orang ramai, rumah panjang dan dewan serbaguna di seluruh negeri.

Pertandingan kali ini dilihat sebagai pertembungan antara BN dan Pakatan Rakyat walau terdapat parti lain dan calon bebas yang turut bertanding.

Parti PBB yang diketuai Taib bertanding di 35 kerusi, manakala parti komponen BN yang lain masing-masing SUPP (19), PRS (9) dan SPDP pula bertanding di lapan kerusi.

Sementara itu, PKR bertanding di 49 kerusi, Snap (26), DAP (15), PCM (6), PAS (5).

Sebelum dibubarkan, BN menguasai 63 daripada 71 kerusi di DUN Sarawak, iaitu PBB (35), SUPP (12), PRS (8) dan SPDP (8). Manakala DAP mewakili enam kerusi dan PKR satu kerusi. Satu lagi kerusi diwakili oleh PCM.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS