Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pengerusi BERSIH 2.0 pula dilarang masuk S'wak
Diterbitkan:  Apr 15, 2011 10:39 AM
Dikemaskini: 4:38 AM

Bekas presiden Majlis Peguam dan pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) Datuk S Ambiga dihalang daripada memasuki Sarawak hari ini.

bersih 21 charged in petaling jaya session court 230109 ambiga Beliau adalah aktivis keempat dalam tempoh 10 hari kempen pilihan raya Sarawak yang tidak dibenarkan masuk. Sebelum ini, aktivis, Steven Ng, Wong Chin Huatdan Haris Ibrahim juga ditahan setiba mereka di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dan dihantar pulang terus ke Kuala Lumpur.

Ambiga tiba pada jam 9 pagi ini bersama tiga anggota BERSIH.

Namun tiga yang lain Subramaniam Pillay mewakili Aliran, Ivy Josiah - WAO, dan Arul Prakkash dari Komas dibenarkan masuk.

“Saya tidak akan berdiam diri. Kenapa mereka takut dengan pengerusi BERSIH masuk ke Sarawak sehari sebelum pilihan raya?

“Apa yang mereka takutkan? Saya amat marah kerana hak saya memasuki negara sendiri dinafikan tanpa sebarang alasan. Hanya diberitahu arahan daripada ketua menteri,” katanya.

Sehubungan itu, menurut Ambiga beliau akan mencabar halangan kemasukkan Sarawak di mahkamah.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS