Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
16 Sept: RPK kata jadi mangsa janji Anwar
Diterbitkan:  Apr 14, 2011 8:29 PM
Dikemaskini: 1:04 PM

Pengendali blog Malaysia Today Raja Petra Kamaruddin berkata Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah hilang kredibiliti dan terbukti gagal menunjukkan kepimpinan yang efektif sejak janjinya pakatan pembangkang menubuhkan kerajaan pada 16 September 2008 tidak menjadi kenyataan.

NONE Mengakui turut menjadi mangsa janji Anwar itu, Raja Petra berkata Ketua Pembangkang itu pernah memberi harapan palsu kepadanya semasa beliau dalam tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Kamunting, Perak, lapor Bernama .

"Anwar datang ke mahkamah kerana ada dua kes yang berjalan serentak dan beritahu saya jangan susah (hati), tidak lama lagi awak akan keluar sebab kita akan bentuk kerajaan pada 16 September," katanya dalam temu bual eksklusif dengan Pengarang Kumpulan TV3 Datuk Ashraf Abdullah di Perth, Australia baru-baru ini.

Rakaman temu bual bahagian kedua itu disiarkan dalam Buletin Utama TV3 malam ini.

Berikut ialah transkrip siaran berkenaan

Janji bentuk kerajaan 16 September 2008, tapi sehingga kini kabinet bayangan pun belum menjadi kenyataan.

NONE Kerana ideologi yang berlainan, menurut Raja Petra, pakatan pembangkang tidak mungkin bersepakat.

Ini semakin melunturkan harapan pengundi yang memberikan kepercayaan kepada pembangkang pada pilihanraya umum lalu.

Raja Petra: "Dan oleh kerana isu 16 September di mana orang ramai percaya kepada janji Anwar yang lebih kurang menjamin 16 September termasuk saya, ketika itu saya di bawah tahanan ISA di Kamunting, Anwar ada berjumpa saya di mahkamah, Anwar datang ke mahkamah kerana ada dua kes yang berjalan serentak dan beliau bagi tahu jangan susah tak lama lagi awak akan keluar sebab kita akan bentuk kerajaan 16 September"

Hakikatnya kata beliau, parti pembangkang tidak sehaluan.

Raja Petra: "Misalan sekarang pun sudah timbul soalan shadow kabinet, Anwar kata tak perlu shadow kabinet..tapi istilah shadow kabinet ialah seorang ahli pembangkang menjadi shadow kepada seorang ahli kabinet, tak semestinya shadow kabinet ialah kabinet yang bersedia untuk memerintah. Tapi sekiranya shadow kabinet pun kita tak mampu tubuh, macam mana nak perintah? Siapa ahli kabinet. Pengundi-pengundi ingin tahu."

Raja Petra: "Jadi sekiranya sebagai pembangkang pun belum boleh buktikan kebolehan kita, bagaimana pengundi nak yakin bahawasanya pembangkang boleh menjadi kerajaan, sebab menjadi pembangkang lebih senang, kerana apabila kita jadi pembangkang, kita membangkang saja, kita tak perlu laksanakan. Tetapi apabila kita menjadi kerajaan, kit perlu laksanakan apa yang kita kritik semasa kita menjadi pembangkang. That is not so easy…kritik senang. Melaksanakan apa yang kita cakap, itu lagi susah. Tetapi kalau sebagai pembangkang pun gagal, sudah tentu rakyat kurang yakin sebagai satu kerajaan."

Menurut Raja Petra, kes liwat yang dihadapi Datuk Seri Anwar juga banyak menimbulkan kekeliruan dikalangan rakyat.

Raja Petra: "Sekarang ini kebanyakan orang mereka keliru sebab timbul isu ini postpone, pergi mahkamah ini, postpone. Orang tak mampu follow. Kita kena faham, bukan semua orang lawyer. Kadang-kadang lawyer sendiri pun keliru, lagikan pulak orang macam kita yang bukan lawyer. So lama-lama orang dah tak boleh ikut kes ini, too confusing, tak tahu what is going on … baik selesai saja kes ini once and for all."

ADS