Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) - yang merupakan gabungan lebih 100 persatuan Islam di negara ini - akan menganjurkan perhimpunan membantah "penyebaran" kitab Injil bahasa Melayu di Masjid Negara selepas solat Jumaat esok.

lina joy court hearing palace of justice 300507 yusri mohamad "Perhimpunan ini bukan (sahaja) khusus mengenai kitab Injil, tetapi lebih kepada mempertahankan kedaulatan Islam... Ia termasuk juga membantah penyebaran Kitab Injil (bahasa) Melayu," kata jurucakap PEMBELA, Yusri Mohamad.

Menurutnya, perhimpunan itu dianjurkan ekoran cadangan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala mengenai penyelesaian 10 perkara berhubung kontroversi kitab Injil bahasa Melayu baru-baru ini.

Cadangan tersebut termasuk membenarkan masyarakat Kristian mengimport kitab Injil dalam sebarang bahasa, termasuk bahasa Melayu/Indonesia tanpa sebarang halangan.

Di samping itu, kitab Injil itu juga boleh dicetak di Semenanjung, Sabah dan Sabah.

Ketika dihubungi Malaysiakini , Yusri dan beberapa pemimpin NGO Islam, akan mengetuai perhimpunan itu esok.

azlan Beliau berkata, antara NGO yang akan hadir ialah Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dan Persatuan Ulama Malaysia (PUM).

Ditanya sama ada pihaknya memohon permit polis untuk mengadakan perhimpunan esok, Yusri berkata, ia tidak perlu kerana pihaknya "tidak memerlukan yang panjang" untuk berbuat demikian.

"Bagaimanapun, kita telah memaklumkan hasrat kami itu kepada pihak polis," katanya.

Yusri juga menegaskan perhimpunan itu adalah anjuran gabungan pertubuhan Islam itu dan tidak melibatkan mana-mana parti politik.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS