Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan peguambela kes liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membentangkan hujah mereka pada 25 April depan.

Pada awalnya, mahkamah menetapkannya pada hari Isnin.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membenarkan lanjutan masa tersebut dalam sepucuk surat bertarikh 6 April.

Peguam Anwar, Sankara Nair mengesahkan perkara tersebut.

Anwar menghadapi tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan di kondominium Desa Damansara antara jam 3.15 petang dan 4 petang 26 Jun 2008.

Pihak telah mengemukakan hujahnya selepas tiga bahan - sebuah botol air mineral, berus gigi dan tuala Good Morning - diterima sebagai bahan bukti.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS