Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pakatan guna 'pendekatan S'gor' tarik Orang Asal

Usaha kerajaan negeri Selangor membantu masyarakat Orang Asli di negeri itu kini dijadikan teladan kepada Pakatan Rakyat untuk menembusi kawasan pedalaman ketika pilihan raya negeri Sarawak ke-10 ini, kata ADUN Rawang, Gan Pei Nei.

NONE Gan, kini sibuk berkempen untuk rakan PKR, iaitu Peter Ato dan Willie Mongin di dua kerusi majoriti pengundi Bidayuh iaitu di Tarat dan Bengoh.

"Kami mengadakan mesyuarat dengan pemimpin tempatan masyarakat Bidayuh. Semangat untuk ubah jelas kelihatan, mereka mahu perubahaan.

"Ini khususnya, apabila kami terangkan kepada mereka berhubung kerja-kerja kerajaan negeri Selangor yang membantu masyarakat Orang Asli seperti mengazetkan tanah untuk mereka, membekalkan infrastruktur asas dan memberikan geran hak milik tanah,” katanya.

Menurut Gan, Pakatan Rakyat mampu memberikan kerajaan baru kepada penduduk Asal yang selama ini tidak dapat membayangkan kerajaan negeri yang bukannya BN.

bidayuh protest tree planting project in serian 170407 jap celeb Katanya, sebahagian besar masyarakat Bidayuh menerima saranannya dan bersetuju pendekatan kerajaan negeri Selangor apalah apa yang mahu mereka tiru dalam kerajaan Sarawak seterusnya.

"Mereka berkata akan sampaikan mesej kami dan berkongsi mengenainya dengan masyarakat mereka. Kita mesti tembusi dan masuk ke pedalaman untuk bercakap kepada mereka dan minta mereka gunakan kuasa undi bagi melakukan perubahaan untuk masyarakat mereka sendiri,” katanya.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS