Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pembantu Muhyiddin terkejut
Diterbitkan:  Apr 11, 2011 4:04 PM
Dikemaskini: 8:50 AM

Sebuah helikopter terhempas tengahari tadi sejurus selepas dari Dataran Sibu selepas menurunkan tiga orang penumpang, termasuk pembantu khas kepada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

    

NONE Juruterbang helikopter itu, satu-satunya yang berada di dalam pesawat itu ketika kejadian, dihantar segera ke Hospital Sibu untuk rawatan.

Keadaan juruterbang itu masih belum diketahui.

Setiausaha Akhbar Muhiyddin, Hafiz Abdul Halim yang ketika itu sedang berjalan menuju ke RH Hotel, kira-kira 100m dari dataran itu

terkejut dengan kejadian itu.

    

"Helikopter itu tidak mengalami apa-apa masalah semasa kami berlepas dari Bintangor atau semasa dalam penerbangan. Saya sedang berjalan menuju hotel apabila saya dengar ia terhempas," kata Hafiz yang sebelum itu menaiki helikopter itu bersama-sama dua pegawai keselamatan.

Muhyiddin dan pegawai khas beliau yang menaiki helikopter berasingan turut mendarat di dataran yang sama sebelum kejadian itu. Mereka juga baru pulang dari  Bintangor.

    

"Timbalan Perdana Menteri dan rombongannya selamat," kata Hafiz.

Helikopter itu yang disewa daripada Sabah Air kini berada dalam kedudukan mengiring ke sebelah kanan di atas padang di dataran itu selepas terhempas.

Seorang saksi kejadian itu berkata beliau terdengar bunyi letupan tetapi tiada api dilihat pada pesawat itu.

    

"Meletup tetapi tak ada api," kata Ipah Philip, 54, seorang tukang cuci.

Seorang lagi saksi,  Mohamed Nazri Zakaria menyaksikan nahas itu dari biliknya di tingkat 13 hotel itu.

    

"Penumpangnya sudah turun dan helikopter mahu berlepas semula. Juruterbangnya kelihatan cedera dan dibawa oleh ambulans," katanya.

    

Dua daripada helikopter berkenaan sudah berlepas untuk kembali semula ke Lapangan Terbang Sibu. Helikopter yang ketiga itu juga dijadual berbuat demikian.

    

Bintangor ialah kira-kira 20 minit penerbangan dari Sibu.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS