Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak bermula lawatan enam harinya ke Sarawak dengan memberi jaminan bahawa Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud akan berundur selepas pilihan raya negeri.

najib rally kuching 100411 bn candidate sim Katanya, beliau telah bercakap dengan Taib dan ketua menteri itu berjanji melaksanakan peralihan kepimpinan negeri itu.

Oleh itu, perdana menteri menasihatkan rakyat Sarawak supaya tidak terpengaruh dengan desakan parti pembangkang yang mahu Taib menyegerakan peralihan kepimpinan negeri.

   

Menurut Najib, peralihan kepimpinan negeri bakal dilakukan pada waktu yang sesuai.

   

Najib berkata demikian dalam ucapannya selama 25 minit kepada kira-kira 2,000 dalam satu perhimpunan di stadium tertutup Dewan Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) di Bintawa.

Dalam ucapannya itu Najib menjawab beberapa perkara utama yang dibangkitkan oleh Pakatan Rakyat dalam kempen pilihan raya Sarawak yang masuk ke hari kelima.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS