Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
TPM: Kadar kemiskinan di S'wak hanya 3 peratus
Diterbitkan:  Apr 9, 2011 6:08 PM
Dikemaskini: 10:17 AM

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan BN telah membelanjakan puluhan bilion ringgit untuk membasmi kemiskinan di Sarawak berbanding RM1 bilion dijanjikan dalam manifesto Pakatan Rakyat bagi pilihan raya negeri Sarawak.

sarawak election muhyiddin 080411 02 Timbalan Perdana Menteri seterusnya mencabar Pakatan Rakyat menyediakan dana sebanyak RM10 bilion untuk membasmi kemiskinan di Sarawak.

Katanya kerajaan BN sudah mengurangkan kadar kemiskinan di Sarawak kepada hanya tiga paratus sekarang berbanding 60 ke 70 peratus 20 tahun yang lalu.

"Sekali pandang tawaran (Pakatan) hebat, kalau betul-betul serius letak RM10 bilion, sebab kita sudah beri berpuluh bilion... lebih daripada itu," katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan mesra selama setengah jam di pasar utama di Bintulu hari ini.

NONE Katanya cadangan penubuhan Dana Pembasmian Kemiskini sebanyak RM1 bilion untuk menangani keluarga di bawah paras kemiskinan dalam manifesto pakatan pembangkang hanya satu tawaran manis untuk menarik sokongan pengundi di Sarawak dan ia sebenarnya tidak mampu untuk dilaksana seperti apa yang berlaku di Selangor yang berada di bawah pemerintahan PKR.

'BN bagi RM5,000'

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata tawaran pemberian secara sekali sahaja sebanyak RM200 kepada setiap murid yang memasuki Tahun Satu juga jauh lebih rendah berbanding pendidikan percuma yang diberikan kerajaan BN untuk pelajar sekolah rendah dan menengah yang menelan kos kira-kira RM5,000 setiap seorang.

NONE "Kita bukan sahaja laksana...kita komited untuk program pembangunan dan bagi saya (jika) bandingkan kedua-dua manifesto dapat lihat apa yang dia (pembangkang) perjuang dan kita (BN) perjuang, rakyat perlu lebih prihatin dan peka, bukan kita buat sewenang-wenangnya kita buat atas dasar pembangunan berterusan," katanya.

Mengenai slogan "ubah" yang dilaungkan oleh Pakatan Rakyat, Muhyiddin berkata kerajaan sebenarnya telah membuat tranformasi dalam pemerintahan iaitu lebih baik maksudnya berbanding maksud "ubah".

NONE Katanya kerajaan bukan sahaja telah membuat tranformasi dalam politik, malah juga cara pemerintahan dalam kerajaan serta ekonomi.

Bakal pengganti

"(Ketua Menteri Tan Sri Abdul) Taib (Mahmud) dah sedia bakal pengganti... dia ada bisik bisik dengan saya...(dengan) Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) mungkin lebih jelas lagi...jadi bermakna akan ada tokoh muda lebih berwibawa... itu lebih penting, kalau dikira lama, (Penasihat DAP Lim) Kit Siang, (Pengerusi DAP) Karpal Singh, (Menteri Besar Kelantan) Datuk Nik Abdul Aziz (Nik Mat) lebih lama," katanya.

Mengulas sokongan kaum Cina, Muhyiddin menasihati pengundi Cina agar memastikan mereka ada wakil dalam kerajaan BN di peringkat negeri.

"Merujuk kepada trend sokongan pada beberapa pilihan raya kecil sebelum ini, ada peningkatan dalam sokongan pengundi Cina kepada BN," katanya.

NONE Berkenaan kempen, Muhyidin berkata BN akan bekerja lebih keras pada pilihan raya kali ini dan tidak akan memandang mudah dengan cabaran yang diberikan oleh pembangkang.

Katanya pengundi juga diingatkan agar tidak mudah terpengaruh dengan sesetengah parti pembangkang dan calon Bebas yang mendakwa mereka mendapat sokongan BN di peringkat pusat.

"Mereka tidak guna lambang dacing (BN), mereka guna lambang sendiri, bagaimana kita nak kata mereka menyokong BN, ini semua satu pembohongan," katanya.

Hari pengundian pilihan raya negeri Sarawak ke-10 pada 16 April ini.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS