Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Anwar gesa Taib henti memiskinkan rakyat S'wak
Diterbitkan:  Apr 9, 2011 3:16 PM
Dikemaskini: 7:24 AM

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa BN supaya berhenti  daripada terus memiskinkan rakyat Sarawak dengan menggunakan janji-janji membangunkan negeri itu sebagai helah untuk mengaut kekayaan sumber aslinya, lapor TV Selangor .

NONE Berucap kepada lebih 5,000 penduduk di Sekinchan malam semalam, sebelum menyambung jelajahnya ke Sarawak hari ini, Anwar berkata Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan pimpinan di Petra Jaya harus berhenti memperdayakan rakyat negeri itu.

"Orang hulu Lumbawang, orang Iban miskin tapi jangan hina mereka. Dia rakyat kita. Jangan miskinkan mereka dengan mengambil harta dan tanah mereka.

“Ambillah tanah di tempat lain kerana mereka sudah cukup susah dan oleh itu kami harus melindungi mereka dari segala kejahatan.

"Dia (Najib) cuba alih pandangan mereka kerana tidak mahu rakyat Sarawak fikir puluh bilion ringgit diambil,” kata Anwar.

Khamis lalu, Taib yang telah memimpin Sarawak selama lebih 30 tahun berikrar untuk menjadikan negeri itu sebagai yang paling kaya setelah ia menduduji tempat keempat negeri paling miskin di Malaysia.

Kurang RM2,000

NONE Manifesto BN untuk pilihan raya negeri pada 16 April ini turut menjanjikan untuk menukar Sarawak kepada negeri  berpendapatan tinggi walhal hakikat adalah sebilangan besar penduduk itu berpendapatkan kurang RM2,000 sebulan.

Anwar berkata kedaifan rakyat di Sarawak begitu ketara sepanjang lawatan beliau ke pelbagai pelusuk negeri itu minggu ini.

“Orang Iban kata, tanah kami mereka rampas dan hak kami diambil, jadi kami mesti sokong Pakatan Rakyat untuk ‘ubah perintah’ (tukar kerajaan). Ini jelas menunjukkan rakyat benar-benar ingin bangkit dari terus ditindas oleh Taib,”  kata Anwar.

NONE Kempen pilihanraya negeri Sarawak  ke 10 bemula Rabu lalu dengan Pakatan Rakyat meletakkan calon di hampir semua 71 kerusi DUN Sarawak dalam usaha gigih untuk menamatkan pemerintahan BN pimpinan Taib.

PKR meletakkan calon di 47 buah kerusi, manakala DAP dan PAS masing-masing 15 dan 5 kerusi.

Bukti nyata

Anwar berkata agenda ekonomi Pakatan Rakyat di Selangor menjadi bukti nyata kepada penduduk di Sarawak bahawa perubahan kerajaan negeri menjanjikan masa depan yang lebih baik dan bebas daripada rasuah.

NONE “Saya pergi ke rumah panjang. Saya kata negeri Selangor air percuma, mati dapat duit. Anak masuk universiti dapat peruntukan. Kelahiran dapat RM100. Jadi mereka tidak percaya kematian pun kerajaan Selangor bagi duit termasuk air,” kata Anwar.

"(Itu semua) membuat mereka berfikir kerana Sarawak jauh lebih kaya daripada Selangor. Kalau kamu lihat TV Selangor ada mereka tunjukkan kedaifan masyarakat di sana," kata beliau lagi.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS