Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Laman web TV S'gor pulih selepas digodam pagi tadi
Diterbitkan:  Apr 9, 2011 10:40 AM
Dikemaskini: 9:49 AM

Laman sesawang kerajaan negeri Selangor, TV Selangor sekali lagi digodam hari ini.

tvselangor02 Menurut penolong pengurus, penerbitan kreatif, TV Selangor , Nik Ahmad Nik Mohamad Daud, laman mereka disedari digodam kira-kira jam 9 pagi ini dan pihaknya telah menutupnya sementara waktu.

“Laman TV Selangor dipercayai digodam pagi tadi. Laman kami telah ditampal dengan kata-kata lucah dan berita-berita palsu.

“Ini kali kedua laman kami diserang. Kali terakhir adalah pada 31 Mac lalu ,” katanya ketika dihubungi.

Menurut Nik Ahmad, kerja-kerja membaik pulih sedang dijalankan dan kembali pulih sekitar jam 3.00 petang tadi.

TV Selangor adalah saluran televisyen milik kerajaan negeri Selangor yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat.

Ia mula beroperasi pada tahun 2008 selepas Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dilantik sebagai menteri besar.

tvselangor01 TV Selangor diwujudkan kerana mendakwa kerajaan persekutuan yang ditadbir oleh BN tidak memberi peluang kepada kerajaan Selangor yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat untuk menggunakan media miliknya seperti RTM bagi menyebarkan maklumat kepada rakyat Selangor.

Ia adalah stesen milik penuh kerajaan Selangor. Namun, siarannaya hanya boleh ditonton menerusi internet kerana kerajaan persekutuan tidak memberi lesen penyiaran kepada TV Selangor untuk memancarkan siaran menerusi gelombang UHF/VHF ataupun menerusi satelit di Selangor.

ADS