Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian akan dilantik sebagai Ketua Menteri Sarawak jika Pakatan Rakyat menumbangkan BN pada pilihanr raya negeri ke-10, 16 April ini.

NONE Persetujuan itu diputuskan pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat dan diumumkan di Kuching ketika pelancaran manifesto mereka yang 'Ketuanan Rakyat'.

Hadir ketika pengumuman itu adalah Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail, pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang dan ahli jawatankuasa pusat PAS, Datuk Seri Nizar Jamaluddin serta calon-calon Pakatan yang bertanding pada pilihan raya ini.

Ketua DAP Sarawak, Chong Chieng Jen berkata perlantikan Baru itu diputuskan pada mesyuarat majlis Pakatan Sarawak.

“Pendirian kita adalah jelas. Kita mahu Baru jadi KM (jika beliau menang),” kata Chong.

NONE Dr Wan Azizah berkata nama Baru dicadangkan kerana beliau adalah pemimpin negeri.

Baru adalah pemimpin veteran dan pembabitannya dalam politik bermula dengan Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS), Kongres Dayak Malaysia dan juga pernah bertanding di bawah tiket  Parti Kebangsaan Sarawak (Snap) pada 2006.

Beliau terkenal dengan kelantangannya memperjuangkan tanah hak adat pribumi (NCR) dan pada pilihan raya ini bertading di DUN Ba'Kelalan di bahagian timur Sarawak. Baru dijangka memenangi kerusinya itu.

Sementara itu, Mohd Nizar berkata pelantikkan ketua menteri atau menteri besar boleh diselesaikan seperti kes Perak pada 2008.

NONE Meskipun PAS adalah parti minoriti dalam kerajaan Pakatan Rakyat di Perak, namun Nizar dilantik sebagai menteri besar.

“Untuk masa ini, soalan itu tidak timbul. Hanya apabila kita diberi mandat, seorang daripada kami yang berkelayakan akan menerajui kerajaan negeri.

“Saya fikir soalan itu tidak penting sekarang. Maksud saya, saya juga tidak pernah terfikir akan menjadi menteri besar di Perak,” katanya.

Pada pilihan raya 16 April ini, Pakatan bertanding di semua 71 kerusi dengan PKR berentap di 49 kerusi, DAP 15 dan PAS 5.

[Galeri Foto]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS