Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak silap ketika mendakwa tiada persamaan antara kematian Teoh Beng Hock dan penolong pengarah Kastam, Ahmad Sarbani Mohamed, kata beberapa ahli parlimen Pakatan Rakyat hari ini.

NONE Dengan menolak persamaan antara kedua-dua kes berkenaan, Najib sebenarnya cuba memperlihatkan ketidak-seriusan dalam kematian Ahmad Sarbani ketika dalam jagaan Suruhanjaya Pencegahan Rasiah Malaysia (SPRM).

"Najib adalah salah kerana ada persamaan dengan kematian Teoh Beng Hock. Kedua-dua mereka mati di bangunan kerajaan kettika dalam tahanan agensi pihak berkuasa,” kata ahli parlimen Klang, Charles Santiago.

Santiago dan tiga lagi ahli parlimen - MP Shah Alam Khalid Samad, MP Teluk Intan M Manogaran dan MP Kota Raja Dr Siti Mariah Mahmud hari berjumpa dengan pengarah SPRM Selangor Datuk Jaafar Maahad bagi melahirkan kebimbangan mereka berhubung keselamatan orang ramai kepada suruhanjaya itu.

50 polis

Keempat-empat ahli parlimen itu diiringi kira-kira 20 penyokong, bertemu Jaafar kira-kira 10 pagi tadi.

NONE Khalid berkata pertemuan kira-kira 30 minit itu diadakan bagi mendapat penjelasan daripada SPRM berhubung beberapa perkara termasuk kes kematian Ahmad Sarbani pada Rabu lalu.

Beliau berkata pihaknya berpuas hati dengan penjelasan yang diperolehi daripada Jaafar termasuk memberi jaminan bahawa SPRM negeri sentiasa memastikan semua pegawainya mematuhi prosedur siasatan yang ditetapkan.

"Dalam pertemuan ini, kami juga melahirkan kebimbangan orang ramai berhubung keselamatan saksi atau tertuduh dalam kes rasuah apabila dibawa ke premis SPRM," katanya ,

Sementara itu, Bernama melaporkan bahawa hampir 50 anggota polis dilihat mengawal dan menyekat laluan menuju ke Wisma PKPS di Shah Alam sejak 8.30 pagi tadi dipercayai bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.

NONE Rabu lalu, Penolong Pengarah cawangan Import Eksport dan Kawalan Sempadan KDRM Selangor, Ahmad Sarbani Mohamed, 56, ditemui mati di tingkat satu pejabat SPRM Wilayah Persekutuan, dipercayai terjatuh dari tingkat tiga bangunan itu.

Allahyarham didakwa datang secara sukarela ke pejabat SPRM untuk berbincang sesuatu mengenai siasatan kes rasuah dengan pegawai penyiasat suruhanjaya tersebut.

Ekoran kejadian itu, dua pegawai SPRM digantung tugas kerana ingkar perintah berhubung pengendalian saksi yang berkaitan dalam kes kematian berkenaan.

[Baca berita penuh]

ADS