Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
KP kastam terkejut pegawai kanan jatuh bangunan
Diterbitkan:  Apr 6, 2011 1:00 PM
Dikemaskini: 11:58 AM

Ketua pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Datuk Seri Mohamed Khalid Yusuf kini berada dalam keadaan terkejut setelah menerima berita berhubung insiden kematian seorang pegawai kanannya pagi ini.

NONE P egawai kanan itu dilaporkan meninggal dunia dipercayai akibat jatuh dari bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pagi ini.

"Ya, kita sahkan insiden itu berlaku. Datuk Seri dalam keadaan terkejut bila dengar cerita ini," kata seorang pembantu khasnya yang tidak mahu namanya disiarkan.

Menurutnya,ketua pengarah itu dijangka memberi kenyataan kepada media di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terangganu pada malam ini.

NONE Mohamed Khalid berada di bandar tersebut untuk mengikuti satu mesyuarat, dipercayai berhubung siasatan yang dijalankan SPRM ke atas jabatan berkenaan.

Difahamkan, mangsa insiden itu merupakan seorang pegawai kanan Jabatan Kastam dan Eksais Diraja Malaysia (JKED) Selangor.

Difahamkan, pegawai berkenaan telah dibebaskan dengan ikat jamin dua hari lalu.

 

ADS