Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Walaupun mendapat perhatian luar biasa di Semenanjung Malaysia, isu video seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim nampaknya kurang menyengat menjelang pilihan raya negeri Sarawak pada 16 April nanti.

Tinjauan Malaysiakini mendapati walaupun ada yang berpendapat sebahagian penduduk negeri itu mempercayai Anwar benar-benar merupakan 'pelakon' dalam video itu, perkara itu bukanlan persoalan utama bagi mereka.

NONE “Di sini media (yang ada) tiga sahaja, (iaitu) TV1, TV2 dan TV3. Apa yang yang diputarkan memang dipercayai,” kata seorang peniaga Ibrahim Ahmad yang ditemui di pekan Debak, dalam DUN Saribas.

Bagaimanapun, menurut Ibrahim, 40,  isu nasional, termasuk 'serangan' terhadap Anwar hanya memberikan sumbangan kecil kira-kira 10 peratus daripada keseluruhan 979,796 pengundi daripada 71 kerusi DUN yang dipertandingkan.

Pengundi yang ditemui Malaysiakini di dua kawasan luar bandar – DUN Saribas (kawasan campuran Melayu/Melanau-Iban) dan Krian (majoriti Iban) – berpendapat, isu sebenar yang perlu diselesaikan melibatkan pengagihan geran individu untuk tanah adat.

NONE “Permintaan penduduk kampung untuk dapatkan geran tanah seolah-olah tidak dilayan. Sedangkan ini tanah nenek moyang kita,” kata Ibrahim lagi.

Isu video seks yang didakwa melibatkan Anwar hangat kembali apabila sebahagian kecil aksi yang dirakamkan bocor di internet dan terdapat permintaan supaya ia diputarkan di parlimen. Walaupun gagal mendapat ruangan muka depan, isu itu turut dilaporkan di beberapa akhbar tempatan.

'Ini politik'

Di samping itu, terdapat beberapa risalah dikesan yang mengaitkan Anwar dengan aktiviti seks, antaranya melalui terjemahan daripada buku terbaru bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

anwar ceramah disrupted by cops swak Sementara itu, mengulas isu Anwar, seorang pekerja swasta Laga Biju berkata, pengundi Sarawak, terutamanya di kawasan pedalaman “tidak peduli sangat” pada isu nasional sebegitu.

“Orang tidak akan percaya. Orang tahu, ini politik. Ia tidak ada apa-apa. Isu seks ini, ikut suka mahkamahlah.

“Mahkamah ini macam tuhanlah,” kata Laga, 40, perantau di Kuala Lumpur yang baru pulang untuk mengundi di Saratok, bandar kecil di Krian.

Selain mahukan isu tanah adat diselesaikan, lelaki Iban itu berharap, isu yang langsung menyentuh masyarakat tempatan, seperti isu masalah pertanian dapat diselesaikan.

“Macam tanam lada (hitam), harganya dijual sekilo RM15, tetapi hendak beli baja kadang-kadang sampai RM100. Jadi, petani dapat RM5 sehari,” kata Laga lagi.

NONE Seorang lagi pegawai kerajaan juga dilihat senada dengan pandangan itu.

“Ini semua politik. Semua orang tahu apa tujuannya,” katanya yang hanya mahu dikenali sebagai Jemali kerana takut identitinya diketahui oleh kerajaan BN negeri bawah pimpinan Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

 

'Itu sebab dia dipecat'

Jemali berkata, mereka rakyat Sarawak mahu mengambil kesempatan dalam pilihan raya negeri kali ini bagi mendapatkan hak berupa geran tanah yang lama dituntut, sejak pilihan raya sebelum ini.

“Kalau minta lepas ini, mesti mereka (pemenang) lupalah,” kata Jemali ketika ditemui Malaysiakini di Saratok semalam.

NONE Bagi seorang warga mas, walaupun mengakui mengenali Anwar, pekebun kecil Abang Hamzah Abang Seman mengakui tidak berapa tahu berapa mengikuti perkembangan video terbaru yang dikaitkan dengan ketua pembangkang itu.

Apabila ditanya sama ada beliau mempercayainya, Abang Hamzah, 67, berkata: “Itu sebab dia (Awar) dipecat dulu.”

Bagaimanapun, ketika ditemui di rumahnya, Abang Hamzah bagaimanapun ironisnya berkata beliau “memang suka Anwar” kerana kebolehannya mentadbir ketua umum PKR itu dimaklumkan padanya oleh seorang calon Pakatan Rakyat, yang kebetulan mempunyai pertalian saudara dengannya.

Di Saribas, difahamkam terdapat ratusan, malah mungkin ribuan merupakan anggota besar yang mempunyai pangkal nama “abang” - merujuk kepada hubungan kekeluargaan secara tradisi di Sarawak.

NONE Menurut pemerhati politik, di Bumi Kenyalang, dalam setiap pilihan raya negeri, isu nasional jarang mendapat tempat, sebaliknya persoalan pemilikan tanah paling hangat dibicarakan penduduk setempat.

Golongan bumiputera yang mewakili lebih 65 peratus masih bermasalah mendapat geran tanah individu untuk tanah adat sejak dimansuhkan selepas Sarawak merdeka bersama Malaysia pada tahun 1963.

ADS