Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kerjasama PKR- Snap runtuh tetapi masih terbuka
Diterbitkan:  Apr 4, 2011 12:03 PM
Dikemaskini: 4:07 AM

Naib Presiden PKR Tian Chua membayangkan kerjasama Pakatan Rakyat dan Parti Kebangsaan Sarawak (Snap) tidak akan mencapai penyelesaian sebagaimana yang diharapkan.

"Walaupun kami berusaha dengan sedaya upaya untuk bertolak ansur, nampaknya Snap tidak sanggup bersama berjuang menghadapi BN pada pilihan raya negeri akan datang," katanya  dalam satu kenyataan media hari ini.

pkr wangsa maju ceramah 141210 tian chua Bagaimanapun menurut beliau, PKR masih mengambil sikap terbuka terhadap parti tertua di Sarawak itu.

"Walau Snap tidak bersetuju untuk memberi komitmen menentang Ketua Menteri Sarawak Abdul Taib Mahmud dan BN, pintu kerjasama masih tebuka," kata Tian.

"Sebagai tanda keikhlasan, PKR akan memberi Snap beberapa kerusi di pilihan raya untuk membantunya menewaskan BN," kata beliau lagi.

Snap sebelum ini menyatakan sokongannya untuk menyertai gagasan Pakatan Rakyat setelah disingkirkan oleh BN pada tahun 2004.

Namun parti itu dan PKR menemui jalan buntu berhubung pengagihan kerusi untuk pilihan raya negeri meskipun rundingan telah berlarutan sekian lama.

"Kami telah berharap Snap sanggup bersama kami dan menjadi sebahagian dari perjuangan kami untuk keadilan di Sarawak dan seluruh Malaysia.

"Jika mereka pilih untuk meletakkan kepentingan diri dahulu, dan tidak berminat untuk bertolak ansur, kami hanya boleh berdoa yang terbaik untuk mereka," kata Tian Chua yang juga ahli parlimen Batu.

snap pc kuching 050311 Beliau juga menolak  tuduhan Snap bahawa PKR kononnya 'lembap' dalam menjalankan rundingan berhubung pengagihan kerusi untuk menghadapi pilihan raya negeri Sarawak pada 16 April.

"Kenyataan terbaru Snap yang menuduh PKR lambat dalam berunding juga tidak benar dan bertujuan mengelirukan umum. Sebaliknya banyak surat dan mesej yang dihantar kepada pimpnan Snap dibiarkan tanpa jawapan, kata Tian Chua.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS