Parti Kebangsaan Sarawak (Snap) hari ini mengumumkan akan bertanding bagi 27 kerusi dalam pilihan raya negeri 16 April ini.
Presiden Snap, Edwin Dundang, pada masa yang sama, membidas PKR berhubung 'sikap acuh tak acuh' parti itu berkaitan pengagihan kerusi.
"Semakin nyata bahawa PKR tidak mahu mengadakan pakatan pilihan raya dengan Snap sama sekali.
"PKR telah mendapat senarai penuh kami yang lengkap dengan nama calon dan kawasan pilihan raya. Namun sehingga hari ini, kami belum menerima senarai mereka yang menjadikannya mustahil untuk kami meneruskan apa jua rundingan.
"Dengan ketiadaan maklumat itu, Snap percaya PKR sama ada tidak mempunyai sebarang pertindihan kerusi dengan Snap atau mereka telah pun memutuskan bahawa parti itu tidak mahu berunding tentang perkara itu," katanya.
Dundang berkata, Snap telah menjauhi kawasan pilihan raya majoriti Melayu/Melanau dan Cina berikutan hasrat parti itu yang benar-benar ingin mewujudkan pakatan pilihan raya, sungguhpun terdapat ahli Snap yang menyuarakan hasrat untuk bertanding di kawasan terbabit.
"Namun begitu, Snap masih berharap bahawa di sebalik kesulitan yang dinyatakan itu, PKR dan Snap akan mencari jalan penyelesaian secara baik," katanya.
Selepas pada mulanya mengisytiharkan bahawa parti itu mahukan 40 kerusi, Dundang hari ini menamakan 27 calon berikut:
Mereka adalah:
Stephen Anak Sagir (Opar),
Frankie Jurem Anak Nyombui (Tasik Biru),
Richard @ Peter A/L Margaret (Bengoh),
Ateng Anak Jeros (Tarat),
Anthony Anak Nais (Tebedu),
Belayong Anak Jayang (Kedup),
Dan Giang (Balai Ringin),
Ivanhoe Anthony Anak Belon (Bukit Begunan),
Semijie Anak Janting (Engkilili),
Joe Anak Unggang (Layar),
Dayrell Walter Entrie (Bukit Saban),
Julin Anak Entamin (Kalaka),
Liman Anak Sujang (Krian),
Jamal Bin Abdullah @ Tedong Anak Gund a (Pakan),
Labang Anak Jamba (Meluan),
Augustine Anak Liom @ August Liom (Machan),
Adang Anak Jirau (Kakus)
Toh Heng San (Katibas),
George Anak Lagong (Baleh),
John Bampa (Belaga),
Edwin Dundang Bugak (Marudi),
Kebing Wan (Telang Usan),
Lawrence Cosmas Sunang Anak Simpang (Batu Danau),
Abang Othman Abang Hj Gom (Lingga),
Ramli Malaka (Jepak),
Thony Ak Badak (Bekenu),
Johari Bujang (Lambir).
Pada pilihan raya negeri 2006, SNAP bertanding bagi 29 kerusi majoriti Dayak dan menang satu di kawasan Engkilili.
Bagaimanapun, calonnya, Dr Johnical Rayong kemudian meninggalkan Snap dan mengisytiharkan sebagai calon bebas sebelum menyertai Parti Rakyat Bersatu
Sarawak (SUPP).
- Bernama