Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pilihan raya S'wak: PAS sah tanding di lima kerusi
Diterbitkan:  Apr 1, 2011 4:00 PM
Dikemaskini: 8:05 AM

PAS akan bertanding di lima kerusi dewan undangan negeri Sarawak iaitu Tanjung Datu, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau dan Beting Maro dalam pilihan raya negeri Sarawak 16 April depan.

Menurut laporan akhbar rasmi parti itu, Harakahdaily , kelima-lima kerusi itu sudah diputuskan berdasarkan perbincangan antara PAS, PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat.

NONE Harakahdaily bagaimanapun tidak menyebut dari mana sumber itu diperolerhi.

Baru-baru ini, mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat telah memutuskan PAS akan bertanding lima kerusi, DAP 15 manakala selebihnya iaitu 51 kerusi akan ditandingi PKR yang akan berunding dengan Snap sebelum apa-apa keputusan muktamat dibuat.

PAS setakat ini belum pernah memenangi sebarang kerusi di Sarawak.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 6 April sebagai hari penamaan calon sementara hari mengundi adalah pada 16 April ini.

ADS