Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

5,000 naskah Kitab Injil bahasa Melayu telah dituntut. Ianya

ditahan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) sejak dua tahun lalu.

Bagaimanapun, dengan adanya cap KDN di bahagian dalam kulitnya, Bible Society Malaysia (BSM) berkata, kitab tersebut tidak boleh lagi diagihkan kepada penganut Kristian dan semuanya akan dipulihara sebagai 'bahan muzium' dan bahan warisan Gereja Kristian di Malaysia.

azlan "Malangnya, ia akan mengakibatkan BSM kerugian RM70,000," kataya, dalam satu kenyataan.

BSM telah mengimport 5,000 Kitab Injil dengan tanda salib serta tulisan Penerbitan Kristian di kulit muka depannya, sebagai mematuhi peraturan KDN tahun 2005.

Bagaimanapun, Kitab Injil tersebut ditahan sejak 20 Mac 2009 sehingga pihak kementerian menulis kepada BSM pada 15 Mac tahun ini, menyatakan ia mesti dicap dengan nombor nombor siri

"Sebelum BSM sempat menyatakan sama ada ia bersetuju atau menolak syarat baru itu, pihak kementerian telah memaklumkan kepada BSN pada hari berikutnya bahawa ia telah mengecap naskhah terbabit dan meminta BSN datang mengambil.

"BSM telah menyatakan pendiriannya bahawa tindakan kementerian mengecop Kitab Injil itu adalah satu tindakan yang tidak menghormati kitab suci penganut Kristian.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS