Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Agihan kerusi Pakatan: 23 kerusi masih buntu
Diterbitkan:  Mar 28, 2011 4:03 PM
Dikemaskini: 9:38 AM

Pakatan Rakyat Sarajak telah berjaya mengagihkan 48 daripada 71 kerusi dewan undangan negeri Sarawak.

Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga ketua pembangkang mengesahkan DAP akan bertanding di 15 kerusi, sementara PAS diberi lima kerusi pada pilihan raya negeri itu, 16 April ini.

NONE "Kita berjaya memberikan keputusan muktamad tentang pembahagian kerusi pilihanraya ini di antara Pas, DAP dan PKR. DAP bertanding di kerusi majoriti pengundi Cina, 15 kerusi. PAS, lima dan yang lain itu PKR tetapi ada rundingan, pagi tadi antara pimpinan Snap dengan YB Azmin, petangnya disambung pula oleh YB Tian Chua," katanya.

Anwar juga berkata rundingan antara PKR dan Snap pula tidak akan melibatkan kerusi yang telah diperuntukkan kepada PAS dan DAP, dan PKR juga tidak akan berkompromi dalam hal ini.

Menurutnya lagi, semua keputusan kerusi dan pembahagiannya dilakukan oleh pimpinan negeri tersebut dan tugas jawatankuasa pusat parti hanya mengesahkan maklumat yang diterima dari Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Sarawak.

Tambah beliau, memandangkan keputusan dibuat oleh pimpinan parti maka pengumuman serta penetapan calon dan kerusi juga akan dibuat oleh parti masing- masing dan akan diumumkan di Sarawak nanti.

"Kita di sini hanya mengesahkan perundingan di peringkat negeri, pandangan dari DAP negeri, PAS negeri dan PKR negeri. Maka pengumuman itu wajar dilakukan di peringkat negeri," kata Anwar.

NONE Timbalannya, Azmin Ali pula mengesahkan PKR akan bertanding di sekurang-kurangnya 24 kerusi manakala rundingan masih berlangsung berhubung tuntutan bertindih di 23 kerusi dengan Parti Kebangsaan Sarawak (Snap).

Daripada jumlah berkenaan, katanya, tiada pertikaian bagi empat kerusi yang dituntut oleh Snap itu.

Adalah dipercayai rundingan juga berlangsung antara DAP dan PKR berhubung kemungkinan pertukaran kerusi.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS