Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Razaleigh yakin BN kekal perintah Sarawak
Diterbitkan:  Mar 26, 2011 4:32 PM
Dikemaskini: 8:37 AM

Ahli parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yakin BN kekal memerintah Kerajaan Negeri Sarawak pada pilihan raya negeri itu 16 April depan.

Bagaimanapun, kata beliau, hanya untuk mendapat majoriti besar mungkin sukar berikutan penduduk kawasan bandar itu kurang memberi sokongan kepada BN disebabkan terpengaruh dengan isu Pakatan Rakyat.

NONE "BN mendapat sokongan kuat daripada penduduk luar bandar negeri itu kerana masih memerlukan banyak pembelaan daripada kerajaan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agong Umno Cawangan Lebir di Gua Musang, hari ini.

Tengku Razaleigh ( kiri, berkaca mata ) berkata, pandangan awal mengenai kedudukan pilihan raya negeri Sarawak itu diperolehi daripada rakan-rakan yang sudah pergi ke sana menjelang hari penamaan calon 6 April ini.

"Saya juga mungkin akan pergi ke sana bagi membantu jentera pilihan raya negeri berkenaan dan ingin melihat sendiri kedudukan sebenar kekuatan BN," kata Ketua Umno bahagian Gua Musang itu.

Sebelum itu, ketika berucap, beliau berkata, kerajaan BN mampu melakukan apa sahaja untuk kemajuan rakyat di seluruh negara termasuk di Kelantan untuk membawa kesenangan.     

Katanya, kedudukan kampung luar bandar juga seperti Gua Musang turut diberi tumpuan untuk melaksanakan pelbagai kemudahan seperti jalan perhubungan dan kemudahan asas yang lain.

- Bernama

ADS