Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik berkata beliau telah menyerahkan rakaman asal video seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin pembangkang, untuk siasatan polis di Bukit Aman hari ini.

Bercakap kepada pemberita selepas selesai disoal siasat, Rahim berkata beliau juga menyerahkan kepada polis seutas jam tangan, yang dikatakan diambil dari bilik hotel di mana adegan seks itu dirakam.

Rahim keluar daripada ibu pejabat polis berkenaan pada kira-kira jam 9.40 malam ini.

rahim thamby chik at bukit aman 240311 02 Katanya, beliau juga telah memberi keterangan berhubung video seks berkenaan dalam siasatan selama hampir lima jam itu.

Rahim turut mengulangi tuntutannya supaya satu suruhanjaya diraja ditubuhkan bagi menyiasat kes berkenaan.

"Jika ada suruhanjaya diraja dan kerajaan bersetuju (menubuhkannya), mungkin penyiasatan lebih rapi akan diadakan bagi memuaskan hati semua pihak bagi mencari kebenaran," katanya lagi.

Tambahnya, video berkenaan boleh disiasat secara forensik bagi menentukan sama ada ia merupakan rakaman palsu ataupun telah diubahsuai.

"Kita boleh memanggil mana-mana pakar yang hebat, waima daripada pakar Amerika Syarikat (atau biro penyiasatan) FBI, untuk menentukan ketulenan video ini," katanya.

Katanya lagi, pakar forensik juga akan dapat memeriksa jam tangan yang diserahkannya itu.

"Walaupun ada pihak tidak mengaku tapi tentu pakar forensik akan melihat jam itu sebagai bukti penting.

"Kadang-kadang daki kita di (jam tangan) pun boleh jadi bukti DNA," katanya lagi.

Beliau juga berharap penjelasannya dalam siasatan itu akan membantu polis menjalankan siasatan.

"Apa yang penting, rakyat Malaysia akan tahu kebenaran sebenar, siapakah aktor di dalam video seks ini," katanya kepada wartawan.

Anwar paksa letak jawatan

Sementara itu, Rahim sekali lagi mendakwa bahawa bekas timbalan perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyalahgunakan kuasa dengan memaksa beliau meletakkan jawatan sebagai ketua menteri Melaka.

NONE Rahim berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Anwar yang menafikan pembabitannya dalam peletakan jawatannya.

"Saya telah bertanya kepada Tun Mahathir (Mohamad) sendiri, beliau menafikan dan tidak pernah memberi arahan (supaya beliau meletak jawatan).

"Tetapi ini adalah salahguna kuasa timbalan perdana menteri pada waktu itu untuk memaksa saya meletak jawatan," katanya.

Turut dipanggil memberi keterangan berhubung video seks tersebut hari ini ialah ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah.

Difahamkan, siasatan ke atas Shazryl itu selesai pada kira-kira jam 10 malam.

Semalam, Rahim, Eskay dan bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim, mengakui mereka adalah 'Datuk T' yang di sebalik tayangan video seks tersebut.

Shuib, bagaimanapun dipercayai berada di luar negeri dan dijadualkan diambil kenyataannya esok.

Sebelum ini, pegawai khas Rahim; – Ghazali Zainal berkata bekas ketua pemuda Umno itu bersedia memberikan kenyataan kepada polis jika diminta berbuat demikian.

Katanya, Rahim enggan mengulas lanjut berhubung video berkenaan selepas pertemuan dengan media, petang semalam.

azlan Ketiga-tiga individu itu yang menggelarkan kumpulan mereka sebagai 'Datuk T', telah menayangkan video lucah itu kepada beberapa wartawan tertentu di hotel Carcosa Seri Negara di Kuala Lumpur pada Isnin lalu.

Sehari kemudian, ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat laporan polis selepas menafikan beliau adalah lelaki yang didakwa dalam video tersebut.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS