Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Henti bincang isu Kitab Injil, kata Joseph Salang
Diterbitkan:  Mar 24, 2011 1:51 PM
Dikemaskini: 5:55 AM

Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang hari ini berkata isu Kitab Injil di Sarawak tidak perlu dibincangkan lagi dan berharap perkara itu selesai.

Joseph yang juga ahli parlimen Julau berkata, rakyat Sarawak tidak pernah mempunyai masalah berhubung isu itu dan 30,000 naskah yang dirampas bukan Kitab Injil tetapi adalah buku doa.

"Kitab Injil itu adalah set lengkap semua Wasiat Baharu dan Lama... tetapi yang 30,000 naskah di Sarawak, entah bagaimana, disamakan dengan 5,130 Kitab Injil yang disita di pelabuhan,” katanya selepas diaju pertanyaan oleh seorang wartawan pada sidang media berhubung perkembangan terkini persiapan pilihan raya negeri Sarawak untuk petugas media asing di Petaling Jaya malam tadi.

Sehubungan itu, beliau berharap orang ramai dan ahli politik tidak lagi membangkitkan isu itu dan bertindak lebih matang.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS