Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pelabuhan Klang: Speaker belum terima notis
Diterbitkan:  Mar 22, 2011 6:30 PM
Dikemaskini: 10:33 AM

Speaker DUN Selangor Datuk Teng Chang Khim berkata beliau setakat ini masih belum menerima notis mahkamah berhubung kedudukan wakil rakyat Pelabuhan Klang.

Teng berkata demikian ketika ditanya dalam satu sidang media hari ini sama ada bekas ADUN PKR itu akan hadir ke sidang DUN Selangor yang akan bermula pada 28 Mac.

NONE Teng ( kiri ) bagaimanapun sekadar berkata, dari segi teknikal, beliau masih belum diberikan notis berhubung status Badrul Hisham.

"Setakat ini kita masih belum (terima) perintah mahkamah bahawa beliau masih lagi seorang ADUN.

"Tapi siapa tahu, saya mungkin akan diserahkan dengan satu perintah (mahkamah) pada Jumaat ini," katanya lagi.

Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 18 Februari lalu memutuskan bahawa Badrul Hisham masih kekal sebagai ADUN.

Keputusan mahkamah itu membatalkan satu notis yang dikeluarkan oleh Teng bahawa kerusi DUN Pelabuhan Klang telahpun dikosongkan.

Tidak puas hati dengan keputusan itu, Teng kemudiannya memfailkan satu lagi permohonan untuk mengenepikannya, sebaik mahkamah membuat keputusan berkenaan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS