Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Sarawak Report ikut jejak WikiLeaks
Diterbitkan:  Mar 20, 2011 4:55 PM
Dikemaskini: 9:10 AM

Mengikuti jejak langkah lamanweb pemberi maklumat WikiLeaks - lamanweb Sarawak Report (SR) yang berpangkalan di London - mendakwa telah memuatkan pangkalan data penuh mengenai tanah negeri dan urusniaga terbaru jabatan ukur dan tanah negeri dalam lamanwebnya untuk tatapan umum.

azlan Hasilnya? Menurut SR, yang mereka temui adalah apa yang banyak

disyaki - dan telah dilaporkan tetapi tidak diendahkan oleh pihak berkuasa - untuk kebanyakan tempoh 30 tahun Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud mentadbir negeri itu.

Ianya adalah butiran mengenai 1,094 plot tanah yang diambil dalam tahun-tahun kebelakangan ini, yang berjumlah lebih 1.5 juta hektar (15,000 km persegi) yang kini berada dalam tangan syarikat dan individu yang didakwa ada kaitan dengan keluarga Taib, dan  premium dibayar atau dibilkan kepada mereka yang dikurniakan  tanah tersebut.

SR menunjukkan bahawa kerajaan negeri Sarawak dianggarkan telah menerima hanya RM734 juta bayaran premium daripada mereka yang bertuah mendapat hakmilik.

NONE RM734 juta itu kutipan bagi kawasan berukuran 15,000 km persegi, yang keluasannya sama besar dengan 20 kali saiz Singapura!

Menurut SR lagi, jumlah hak milik tanah yang diberikan dalam

tahun-tahun kebelakangan ini, seperti dikira oleh jabatan ukuran dan tanah sendiri, mencecah 1.5 juta hektar.

Kebanyakannya, kata lamanweb itu lagi, membabitkan pengambilan tanah adat, yang telah membabitkan lebih 200 kes pemilikan tanah yang dibawa ke mahkamah.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS