Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Keputusan kerajaan untuk mengecop ‘Untuk Kristian Sahaja’ ke atas 5,100 alkitab Injil berbahasa Indonesia yang ditahan baru-baru ini mungkin dibawa ke mahkamah, kata seorang peguam.

NONE Menurut Annou Xavier, beliau dihubungi oleh beberapa paderi yang bercadang mengheret Kementerian Dalam Negeri ke ke mahkamah kerana berpendapat hak mereka sebagai penganut agama Kristian telah dicabuli.

Katanya, cop berkenaan pada alkitab secara tidak langsung menafikan hak penganut Kristian bagi mengembangkan kepercayaan mereka kepada masyarakat bukan Islam.

Merujuk Artikel 11 (4) perlembagaan persekutuan, Annou berkata sekatan hanya adalah terhadap mengembangkan agama kepada masyarakat Islam tetapi tidak menyatakan apa-apa bila membabitkan masyarakat bukan Islam.

Artikel 11 (4) berbunyi: “Undang-undang Negeri dan berkenaan dengan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam.”

[Baca berita penuh]

   


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS