Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Zambry: Pakatan bohong sidang DUN dikawal ketat
Diterbitkan:  Mar 18, 2011 1:29 PM
Dikemaskini: 5:35 AM

Menteri Besar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, hari ini berkata Pakatan Rakyat berbohong apabila mendakwa persidangan Dewan Undangan Negeri Perak masih dikawal ketat oleh polis.

azlan Katanya, persidangan yang berlangsung November lalu menjadi bukti bagaimanana ia berjalan dengan lancar dengan kehadiran Ahli Dewan daripada pembangkang yang turut sama bermesyuarat selama empat hari.

"Tak perlulah berbohong untuk cari alasan tak mahu hadir," katanya kepada pemberita di Ipoh bagi mengulas kenyataan ADUN Pasir Panjang daripada PAS, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, semalam meminta Menteri Dalam Negeri memberi jaminan persidangan DUN Perak yang dijadualkan bulan depan bebas daripada kawalan polis.

Mohammad Nizar dilaporkan berkata, jaminan itu diminta kerana setiap kali berlangsungnya persidangan Dewan itu, pasukan polis dikerah untuk mengadakan kawalan ketat.

Zambry berkata, persidangan yang berlangsung sebelum ini jelas berjalan dengan baik dan tiada polis yang berkumpul di kawasan sekitar dewan seperti yang didakwa.

 - Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS