Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak lagi boleh dipercayai bagi menangani isu Interlok kerana panel bebas yang ditubuhkannya bagi mencari penyelesaian kemelut penggunaan novel berkenaan telah hilang legitimasinya, kata ahli parlimen Klang, Charles Santiago.
Menurutnya, isu tersebut sepatutnya ditangani sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak sendiri.
“Jawatankuasa itu telah hilang legitimasinya kerana 100 pindaan yang dipersetujui sebelum mesyuarat (dengan Muhyiddin semalam) semuanya telah ditolak.
"Adakah (Muhyiddin) setuju perkataan ‘paria’ digunakan? Adakah PM setuju. Perkara berkenaan tidak sepatutnya diserahkan kepada timbalan perdana menteri lagi,” kata Santiago di lobi parlimen hari ini.