Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Syarat sekatan, pengimport tidak mahu kutip kitab

Kemelut alkitab Injil berbahasa Indonesia masih belum berakhir apabila pertubuhan gereja enggan membawa keluar 30,000 naskhah kitab itu berikutan dua syarat yang dikenakan oleh kementerian dalam negeri.

NONE Ini kerana pemimpin gereja mahu penjelasan lanjut daripada kerajaan berhubung syarat-syarat perlepasan tersebut.

Antara syarat yang dikenakan, semua kitab berkenaan mesti dicop dengan tag “Untuk penganut agama Kristian sahaja” dan nombor siri perlu dicetak pada kulit dalam setiap salinan.

Pengimport alkitab itu menerima surat perlepasan itu daripada Setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan Teks aL-Quran kementerian itu Datuk Zaitun Ab Samad melalui faks pada jam 6.26 petang semalam.

Menurut beberapa pemimpin gereja arahan Injil hanya untuk penganut Kristian sahaja sukar dipatuhi.

“Meskipun bersetuju Injil bukan untuk orang Islam, tetapi bagi masyarakat bukan Kristian yang juga bukan Islam, memiliki kitab tersebut akan menimbulkan masalah kepada diri mereka sendiri dan juga kepada pihak gereja.

“Dengan sekatan seumpama itu, kita tidak boleh berkongsi ‘berita baik’ dengan masyarkat bukan Kristian yang tidak beragama Islam,” katanya.

Menurutnya sekatan itu juga akan menyukarkan kerja-kerja mubaligh Kristian kerana terdapat ribuan kaum Dayak bukan Islam di pedalaman Sarawak yang menunggu bagi mendengan ‘berita baik’ berkenaan.

“Perkara ini yang pemimpin gereja mahu Kementerian Dalam Negeri jelaskan,” katanya.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS