Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kebakaran terbaru burukkan lagi krisis nuklear Jepun
Diterbitkan:  Mar 16, 2011 11:03 AM
Dikemaskini: 3:09 AM

Kebakaran terbaru meletus di loji nuklear Jepun awal hari in sekali gus memburukkan lagi krisis berkenaan.

Kebakaran di reaktor nombor empat di loji No 1 Fukushima dilaporkan berlaku dengan sendiri, kata agensi keselamatan atom negara berkenaan.

azlan "Kami terima maklumat dari TEPCO (operator loji Tokyo Electric Power Co) bahawa kebakaran dan asap boleh dilihat dan ia berlaku secara sendiri," kata jurucakap, Minoru Ogoda kepada AFP .

Seorang pekerja terdahulu melaporkan asap merebak keluar dari tingkat empat bangunan reaktor berkenaan, kata jurucakap TEPCO.

Tidak dapat dipastikan tempoh masa kebakaran itu berlaku tetapi ia berjaya dipadamkan 30 minit selepas dikesan.

Tiada laporan mengenai kecederaan dan kesan kerosakan belum dapat disahkan.

Pembelian panik iodin

Sementara itu, Reuters melaporkan kebimbangan terhadap penyebaran kesan radiasi akibat krisis reaktor nuklear Jepun menyebabkan pengguna panik membeli ubat penawar di merata tempat di pantai barat Amerika Syarikat dan Kanada.

NONE Bagaimanapun, pihak berkuasa kesihatan berkata, kebimbangan itu tidak diperlukan ketika ini dan memberi amaran bahawa orang ramai akan mendedahkan diri kepada masalah perubatan lain kerana mengambil iodin potasium yang diharap dapat melindungi mereka daripada kanser.

Kekeliruan bertambah apabila beberapa pegawai kanan persekutuan Amerika Syarikat memberikan pandangan berbeza.

Setiausaha Tenaga, Steven Chu, berkata beliau merasakan tidak perlu membeli ubat penawar itu tetapi menambah "ini adalah negara bebas".

[Baca berita penuh]

ADS