Kira-kira 50 orang berkumpul di depan ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini untuk membantah keengganan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi DNA kepada polis.
Diketuai oleh pengerusi Gerakan Anti-Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin, mereka menuntut supaya Anwar tidak diberi layanan istimewa oleh mahkamah kerana dia ketua pembangkang.
Katanya, keadilan bukan sahaja mesti diberikan kepada Anawr tetapi juga kepada Mohd Saiful Bukhari Bukhari Azlan.
Saiful telah mendakwa dia telah dilihat oleh Anwar dan perbicaraan kes itu sedang berjalan.
Turut hadir ialah 10 wakil PERKASA, termasuk pengerusi PERKASA Selangor, Abdullah Mansur.
Abdullah berkata, bagi PERKASA, sekiranya Anwar berkata dia di pihak yang benar, maka tidak apa yang harus ditakutkan oleh ketua pembangkang itu.