Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Ancaman baru, sistem pendinginan reaktor ke-2 gagal
Diterbitkan:  Mar 13, 2011 1:01 PM
Dikemaskini: 5:05 AM

Beribu-ribu orang meninggalkan kawasan loji nuklear Jepun yang

dilanda gempa bumi kelmarin, selepas berlaku kebocoran dan pihak

berkuasa berdepan dengan ancaman baru hari ini ekoran kegagalan sistem pendinginan dalam reaktor kedua.

japan tsunami and earthquake 2011 nuclear power plant fukushima no 1 Ketika para pekerja menyimbahkan reaktor terbabit dengan air laut untuk mengelakkan berlaku malapetaka, sebuah lagi reaktor di loji

tersebut berdepan dengan masalah.

Operator loji Tepco berkata, pihaknya sedang bersedia untuk melepaskan stim bagi melegakan tekanan dalam reaktor No 3 di loji

yang terletak 240km di utara Tokyo itu - yang akan mengeluarkan

jumlah kecil radiasi - ekoran letupan dan kebocoran semalam dari

reaktor No. 1.

Pada 11 pagi (10 pagi waktu Malaysia) syarikat berkenaan telah memaklumkan kepada kerajaan bahawa tahap radiasi telah mengatasi had selamat di di kawasan tersebut dan menyifatkannya sebagai "keadaan kecemasan". Tepco bagaimanapun berkata ini tidak bermakna satu ancaman kepada kesihatan manusia.

Pasukan bertungkus lumus untuk menghalang cecair pendingin daripada meruap dan mendedahkan rod bahan api kepada udara, yang boleh mencetuskan kebocoran besar radiasi. Sistem pendingin gagal selepas generator penyokong elektrik rosak dilanda tsunami.

[Baca berita penuh]

ADS