Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Doktor keempat dari Hospital Kuala Lumpur memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan mendakwa berlaku penetrasi dalam kejadian liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

NONE Dr Razuin Rahimi yang merupakan saksi pendakwaan ke-23 berkata, dia menerima panggilan dari pihak hospital ketika berada di rumahnya pada kira-kira 3.30 petang 26 Jun 2008, mengenai seorang mangsa yang mendakwa telah diliwat oleh seorang ahli politik berprofil tinggi.

Katanya. dia minta kakitangan tersebut supaya memberitahu pengadu membuat laporan polis terlebih dahulu.

Saksi itu memberitahu mahkamah bahawa yang dia memaklumkan kepada pegawai atasannya Dr Siew Sheue Feng, mengenai perkara itu dan Siew memintanya datang ke hospital.

Dia tiba di pusat krisis HKL dan menemui Saiful dan mengambil maklumat mengenainya.

Bahan pelincir

Dr Razuin berkata, Saiful mendakwa berlaku penetrasi di duburnya dan bahan pelincir digunakan.

Saiful juga, katanya, mendakwa ahli politik berkenaan turut meramas dadanya.

NONE Dr Razuin kata Saiful juga memberitahu yang dia diminta melakukan seks oral tetapi dia menolaknya.

Katanya, temubual dengan Saiful berjalan selama 20 minit sehingga jam 9 malam, apabila doktor lain - Dr Razali Ibrahim dan Dr Khairul Nizam Hassan - sampai.

Menurutnya, Saiful sekali lagi menceritakan mengenai kejadian tersebut.

Dr Razuin berkata, dia hadir ketika pemeriksaan dilakukan dan Saifu menceritakan perkara yang sama kepada doktor-doktor berkenaan.

Katanya, dia membantu Dr Siew menulis sejarah dan hasil pemeriksaan itu.

Dr Razuin berkata, dia mengisi muka surat tiga, lima dan enam borang pro-forma.

Bagaimanapun, katanya, dia tidak mengisi semua butiran dalam borang pro-forma kerana Dr Siew berkata borang itu tidak sesuai.

NONE Oleh itu, katanya, dia menggunakan kertas kosong.

Menjawab soalan peguam Karpal Singh, Dr Razuin menjelaskan kepada mahkamah bahawa dia menandakan cubaan meliwat pada borang 'pro-forma' berikutan tidak pasti sama ada zakar tertuduh sampai ke rektum.

Menjawab soalan seterusnya dari Karpal, dia berkata tiada perbuatan meliwat sekiranya zakar tidak sampai ke rektum.

"Saya keliru. Ada panetrasi pada dubur tapi saya tidak pasti ianya sampai ke rektum. Saiful cakap Anwar mencapai klimaks di dalam duburnya," jelas beliau.

Dr Razuin berkata, Saiful kemudian mendakwa diliwat tiga kali oleh Anwar tanpa rela selain dipaksa melakukan oral seks namun ditolaknya.

Berlaku pendarahan

Katanya, dia juga mencatatkan dakwaan Saiful mengalami pendarahan pada kali pertama dan kedua sewaktu diliwat.

"Menurut Saiful, ada pendarahan pada kali pertama dan kedua," katanya ketika mengisi borang tersebut pada 28 Jun 2008.

NONE Namun menurut Dr Razuin, tiada sebarang bentuk pendarahan direkodkan pada hari terakhir kejadian dua hari sebelum itu.

Sebelum itu, pendaftar Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memberitahu mahkamah bahawa kereta Audi 'WMK 6' didaftar atas nama Anwar.

Menurutnya lagi kereta Perdana V6 automatik pula dimilik oleh Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER).

Manakala kereta Toyota Harrier pula didaftarkan atas nama Omar Malik. Terdapat sebuah lagi kereta - WNK5251 - yang dimiliki oleh Chan Wai Hong.

Ahmad juga, dalam keterangannya berkata, pemilik kenderaan lain termasuk Nik Mohd Nik Hassan.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS