Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Pakatan Rakyat dijangka merampas sekurang-kurangnya 15 kerusi dewan undangan negeri Sarawak pada pilihan raya negeri yang bakal diadakan, kata Profesor Madya Shaharudin Badaruddin.

NONE Daripada 15 kerusi itu, 12 adalah kerusi yang akan ditanding oleh SUPP, katanya membentangkan kertas kerja yang bertajuk "Lanskap Politik Semasa Menjelang PRU Ke-13: Analisis Sabah Dan Sarawak di Universiti Malaya hari ini.

“Jika berdasar trend pengundian masyarakat Cina dalam pilihan raya kecil di Sibu tahun lalu berterusan kemungkinan BN akan tewas di 12 kerusi DUN yang terdiri daripada masyarakat Cina,” katanya.

Selain gagal merampas kembali tujuh kerusi yang ditumbang kepada DAP dan PKR pada pilihan raya negeri 2006, Shaharudin berkata kerusi di Repok, Dudong, Pelawan, Batu Kawah dan Bawang Assam juga berkemungkinan dikuasai pembangkang.

Terlalu lama

DAP kini menguasai Bukit Assek, Pending, Meradong, Batu Lintang, Kidurong dan Kota Sentosa manakala PKR pula menduduki kerusi Padungan. Ngemah pula dimenangi oleh wakil Snap yang kemudiannya berpaling tadah ke Parti Cinta Malaysia.

azlan Sarawak mempunyai 71 kerusi DUN.

Menurut Shaharudin, beberapa isu tempatan yang dibangkitkan oleh Pakatan Rakyat khususnya berkaitan dengan kepimpinan Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud mula memberi kesan

"Siapa yang mengganti Abdul Taib, akan menjadi isu besar. Jika BN tidak berjaya merungkai masalah ini, BN akan menghadapi masalah.

"(Beliau) menjadi liabiliti dalam pilihan raya kecil Sibu. Dan beliau akan menjadi isu besar dalam pilihan raya (negeri) akan datang," katanya.

Program ini  dianjurkan oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (UMCEDEL) di Fakulti Sastera dan Sains Sosial.

Kerusi Melayu

Mengulas lanjut, Shaharudin tidak menolak kemungkinan tiga kerusi kawasan Melayu yang kini dimilik oleh PBB yang diketuai oleh Taib juga diramal tumbang kepada Pakatan.

Kerusi itu ialah di Beting Maro, Sadong Jaya dan Saribas.yang majoriti pengundinya terdiri daripada masyarkat Melayu.

sarawak BN convention taib and wife Ini kerana pada pilihan raya negeri yang lalu, ketiga-tiga kerusi itu dimenangi undi kurang daripada 1,000.undi.

Menurut Shaharudin, tempoh pemerintahan Taib yang terlalu lama, iaitu berkuasa selama 30 tahun dan isu dinasti turut menjadi duri dalam daging kepada BN.

Apatah lagi katanya, manifesto DAP turut diterima oleh masyarakat Cina dan ini diperlihatkan semasa pilihan raya kecil Sibu tahun lalu, termasuk protes senyap di kalangan masyarakat tersebut.

Pilihan raya April ini?

Beliau juga turut menunjukkan slide yang menunjukkan beberapa kain rentang yang muncul ketika pilihan raya kecil Sibu seperti Vote for SUPP =Vote for Taib sebagai contoh isu itu akan dimainkan.

"Selagi ada Taib, mereka tidak akan mengundi BN," katanya ketika ditemui selepas pembentangan itu.

NONE Shaharuddin juga menjangkakan pilihan raya negeri Sarawak akan berlangsung pada bulan April.

Namun, dalam pembentangan ini juga, Shaharudin berkata Pakatan Rakyat di Sabah dan Sarawak masih belum bersedia untuk membentuk kerajaan negeri.

Ini katanya, terutama bagi PKR di Sabah yang masih mempunyai masalah mencari pemimpin dan  gabungan Pakatan di Sarawak pula dikatakan "tidak sekukuh" seperti BN.

"Kerajaan (BN) sudah bersedia, banyak pembangunan di sana," katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS