Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kenyataan kontroversi, Lee akui silap
Diterbitkan:  Mar 8, 2011 1:16 PM
Dikemaskini: 7:48 AM

Menteri Mentor Singapura Lee Kuan Yew mengakui beliau silap tentang integrasi kaum Melayu dan Islam yang begitu baik di Singapura.

Laporan akhbar "The Straits Times" hari ini merujuk satu kenyataan yang dikeluarkan bekas perdana menteri itu malam tadi berhubung kenyataannya dalam buku terbarunya "Lee Kuan Yew: Hard Truths To Keep Singapore Going" dan reaksi yang timbul berikutan kenyataannya.

book lee kuan yew hard truths to keep singapore going "Hard Truths adalah sebuah buku berdasarkan kepada siri temu ramah selama 32 jam dalam tempoh masa dua tahun," kata beliau.

"Saya telah membuat satu kenyataan mengenai integrasi umat Islam dengan komuniti lain pada dua atau tiga tahun lepas. Menteri-menteri dan Anggota Parlimen, kedua-dua kaum Melayu dan bukan Melayu, sejak itu memberitahu saya bahawa Melayu Singapura sebenarnya mengambil usaha-usaha khusus untuk berintegrasi dengan masyarakat yang lain, terutamanya selepas 9/11, dan bahawa apa yang saya nyatakan itu adalah ketinggalan zaman.

"Saya mengaku silap. Saya harap trend ini (integrasi) akan berterusan pada masa hadapan," kata Lee.

Buku itu, berasaskan kepada siri temu bual yang diberikan oleh Lee kepada sepasukan tujuh wartawan daripada The Straits Times, diterbitkan oleh Straits Times Press dan dilancarkan pada 21 Jan.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS