Di sebalik penerangan yang diberikan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya yang menafikan kenaikkan mendadak pengundi pos, PKR Perak masih sangsi dengan penjelasan itu.
"Mungkin selepas didahkan olh akhbar, mereka memperbetulkan peningkatan itu. Kita akan hanya tahu jika mereka menambahkannya semula sebaik sebelum pilihan raya umum,” kata timbalan pengarah pilihan raya PKR Perak, Chan Ming Kai.
Beliau sebelum itu mendakwa terdapat kenaikkan mendadak pengundi pos bagi beberapa kerusi, khususnya di DUN Pangkor yang menyaksikan tambahan 5,669 pengundi pos sejak 2008.
Bagaiamanapun, setiausaha bahagian pendaftaran pengundi, SPR, Yusniati Ishak menafikan dakwaan itu dan berkata jumlah pengundi pos di Pangkor kekal pada 1,356 orang sejak pilihan raya umum Mac 2008.
Walaupun Chan yang tidak menjangkakan penjelasan seumpama itu berkata adalah sukar bagi membuktikan bahawa apa yang didakwa oleh SPR itu adalah tidak tepat.
"Masih sukar bagi buktikannya kerana mereka adalah pengundi pos. Tidak seperti orang awam, di mana kita boleh pergi ke rumah mereka dan semak status mereka, kita tidak boleh ke pangkalan tentera laut di Lumut (terletak dalam kerusi Pangkor) dan menyoal sama ada mereka sudah berdaftar.
"Tidak seperti pengundi biasa yang lazimnya mendaftar di pejabat pos atau semasa proses pendaftaran pegundi baru, senarai nama semua pengundi baru dibekalkan kepada SPR oleh kem tentera itu. Bukan anggota tentera yang memnbuat pendaftaran sendiri,” katanya.
[Baca berita penuh]