Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Badrul akan hadir DUN S'gor hujung bulan ini
Diterbitkan:  Mar 3, 2011 4:01 PM
Dikemaskini: 8:19 AM

ADUN Pelabuhan Klang Badrul Hisham Abdullah berkata beliau akan menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor yang dijadualkan hujung Mac ini.

    

Beliau berkata sebanyak 10 soalan telah dikemukakannya untuk dijawab pada persidangan DUN itu nanti.

    

azlan Pada 24 Januari lepas, Badrul Hisham dihalang menyertai persidangan khas DUN Selangor berikutan keputusan Speaker Datuk Teng Chang Kim mengisytiharkan kerusi DUN itu kosong pada 16 Januari lepas dengan alasan ADUN itu gagal menghadiri persidangan DUN selama enam bulan tanpa alasan munasabah.

    

Namun, pada 18 Februari lepas, Mahkamah Tinggi Shah Alam memutuskan Badrul Hisham kekal sebagai ADUN dan kerusi Pelabuhan Klang tidak kosong.

    

"Apa yang penting saya membawa hasrat rakyat di Pelabuhan Klang terutamanya dalam bidang  pertanian dan saya harap kerajaan negeri akan membantu, jangan ada sekatan," katanya selepas merasmikan majlis penyerahan jentera membajak kepada Persatuan Pengusaha Sayur-sayuran dan Buah-buahan Pulau Indah (PPSBPI) di Pelabuhan Klang hari ini.

    

Badrul Hisham berkata pihaknya akan mempertimbangkan untuk menambah bilangan jentera membajak sekiranya pengeluaran sayur-sayuran dan buah-buahan di Pulau Indah bertambah pada masa akan datang.

    

Beliau berkata PPSBPI mempunyai kira-kira 20 anggota yang mengusahakan tanaman seperti timun, terung, bendi, limau nipis dan tembikai wangi.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS