Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Muncul 13 tahun selepas menjadi saksi utama perbicaraan kes liwat pertama terhadap bekas timbalan perdana menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ummi Hafilda Ali kembali semula, kali ini berkempen untuk BN di pilihan raya kecil DUN Merlimau.

Bercakap dalam satu majlis 'pendedahan' anjuran biro antarabangsa Umno bahagian Jasin di Kampung Chinchin malam tadi, setiap butir bicara Hafilda, khusyuk diikuti oleh kira-kira 200 hadirin.

NONE Bagi sebahagian besar hadirin, apa yang didedahkan oleh Ummi

Hafilda (kiri) - tentang dakwaan skandal seks Anwar sebelum pemecatannya, dan tentang diri abangnya Azmin yang ketika itu merupakan pembantu peribadi Anwar dan sekarang timbalan presiden PKR - adalah sesuatu yang baru pada mereka.

Dan menilai daripada ekspresi mereka malam tadi, hampir semuanya tampak percaya apa yang dikatakan oleh Ummi Hafilda, dalam suara yang menggeletar dan menangis ketika menceritakan apa yang berlaku pada tahun 1997 dan 1998.

Menyoroti semula ke hari dia mengetahu tentang "perkara yang membabitkan Anwar" dan sehinggalah saat dia bertemu dengan Perdana Menteri keempat, Tun Dr Mahathir Mohamad, Ummi Hafilda memaparkan dirinya sebagai mangsa kepada "kuasa dan sikap tamak" ketua umum PKR itu.

Ummi Hafilda menceritakan mengenai kedatangan 50 anggota polis, termasuk yang bertopeng, menaiki 'black maria hitam', ke  rumah kawannya tempat dia tinggal, dengan membawa pembesar suara, mengarahkannya keluar.

Katanya, dia enggan keluar dan menelefon ibunya, supaya berdoa untuknya dan dengan kehendak Allah, tambahnya, pintu tidak boleh dibuka.

Berikutan itu, katanya, anggota polis masuk melalui bumbung dan tindakan mereka itu, kata Ummi Hafilda telah menakutkan anak-anak kawannya yang menjerit ketakutan.

Katanya, dia tidak mengeluarkan setitis air mata pun ketika diseksa.

NONE Kemudiannya, kata Ummi Hafilda, ketika dia bertemu Dr Mahathir,

mata perdana menteri keempat itu digenangi air mati, apabila diberitahu apa yang diberitahunya itu adalah benar belaka.

Tidak seorang pun hadirin yang berganjak dari tempat duduk mereka sepanjang 90 minit Ummi Hafilda bercakap.

Mereka menunggu sehingga tengah malam, dan mahu Ummi Hafilda "mendedahkan" lebih banyak lagi.

Dia dilayan seperti seorang selebriti, dengan para hadirin datang berjabat tangannya dan bergambar dengannya.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS