Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek hari ini menafikan bahawa MCA adalah sebuah parti penipu apabila dua bekas menteri pengangkutannya didakwa di mahakamah berhubung skandal Zon Bebas Pelabung Klang (PKFZ).

NONE Katanya, tidak ada alasan baginya memohon maaf berhubung perkara berkenaan kerana apa yang berlaku adalah perlakuan peribadi pemimpin terbabit.

Lagipun, menurut Chua mahkamah juga belum membuat sebarang keputusan berhubung kes tersebut.

Pada 29 Julai tahun lalu, bekas presiden MCA, Tun Dr Ling Liong Sik didakwa memperdayakan  jemaah menteri bagi meluluskan perjanjian tanah berhubung pembangunan PKFZ pada harga yang jauh lebih tinggi daripada nilai pasaran

NONE Enam bulan kemudian, iaitu pada 28 Februari lalu, bekas timbalan presiden MCA, Tan Sri Chan Kong Choy, pula menghadapi tiga pertuduhan menipu di mahkamah sesyen di Putrajaya juga berhubung skandal PKFZ.

"Ini (kes mahkamah) tidak cerminkan MCA... parti ini mempunyai sembilan presiden dan lebih 20 timbalan presiden serta lebih sejuta ahli,” kata Chua sambil menambah pemimpin MCA ‘datang dan pergi’.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar sebelum melancarkan perkhidmatan van Yayasan Komuniti Satu Malaysia di pekan Merlimau.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS