Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Ramai pesakit mental, kutu rayau di KB
Diterbitkan:  Mar 2, 2011 12:59 PM
Dikemaskini: 5:37 AM

Semakin ramai pesakit mental dan kutu rayau dilihat berkeliaran di Kota Bharu dan ini dilihat boleh mencalarkan imej bandar ini dalam kalangan pelancong.

    

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Kelantan Mohamed Noor Chik berkata jabatan itu telah bertindak membawa pesakit mental mendapatkan rawatan di unit psikiatri Hospital Raja Perempuan Zainab II manakala kutu rayau dan pengemis ditempatkan di rumah perlindungan yang disediakan.

    

Bagaimanapun, katanya, yang menjadi masalah ialah apabila pesakit mental yang mendapat rawatan itu pulih dan dibebaskan semula, mereka tidak mendapat penjagaan yang baik menyebabkan mereka kembali menjadi tidak normal.

    

Mengenai kanak-kanak yang meminta sedekah, Mohamed Noor berkata JKM mengesyaki mereka digunakan oleh sindiket tertentu.

    

Katanya jabatan itu cuba menyelamatkan kanak-kanak berkenaan tetapi  menghadapi kesukaran kerana kanak-kanak ini sering melarikan diri.

    

Tahun lepas, 35 kanak-kanak yang menjadi pengemis jalanan, kebanyakannya  warga negara asing, diselamatkan oleh JKM dan diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut.

    

- Bernama

ADS