Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kerdau: PAS dakwa BN buka pusat operasi di sekolah
Diterbitkan:  Mar 1, 2011 6:27 PM
Dikemaskini: 12:52 PM

Dewan Pemuda PAS hari ini mengemukakan aduan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung dakwaan jentera BN menggunakan premis awam sebagai pusat operasi mereka di kawasan kempen pilihan raya kecil DUN Kerdau.

Naib ketua sayap pergerakan itu Ahmad Sabki Yusof berkata, aduan berkenaan diserahkan kepada seorang pegawai SPR di ibu pejabat suruhanjaya itu di Putrajaya pada kira-kira jam 3.30 petang ini.

Aduan berkenaan dialamatkan kepada pengerusi SPR Abdul Aziz Mohd Yusof, kata Ahmad Sabki lagi.

Katanya lagi, aduan itu antaranya melibatkan premis Sekolah Rendah Batu Sawar, Padang Awam Teluk Sentang dan Dewan Orang Ramai Felda Jengka 23.

Tambahnya, sebuah lagi kawasan yang dinamakan dalam aduan itu ialah Balai Raya Kuala Tekal.

"Mereka telah mendirikan khemah dan menaikkan bendera parti di situ," kata Ahmad Sabki lagi ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Selain aduan kepada SPR, pergerakan itu turut mengemukakan aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu sama petang ini, kata Ahmad Sabki lagi.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS