Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Demo: Kurang sokongan petanda baik, kata TPM
Diterbitkan:  Feb 28, 2011 3:46 PM
Dikemaskini: 7:56 AM

Demonstrasi Hindraf yang tidak mendapat sambutan ramai semalam, merupakan satu petanda baik sokongan masyarakat India kepada kerajaan, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata demonstrasi anjuran kumpulan tidak berdaftar itu tidak sepatutnya diadakan, namun beliau berpuas hati kerana ia tidak mendapat sambutan dan langkah wajar yang telah diambil pihak keselamatan.

rally proceeds to Pudu IPK police cordon "Majoriti masyarakat India adalah rasional dan tahu apa yang diperjuangkan oleh Hindraf adalah bercanggah dengan kepentingan mereka, jadi sebab itu mereka tidak sokong.

"Majoriti masyarakat India tahu tentang apa yang berlaku dan mereka mengharapkan sokongan kerajaan.

"Mereka telah balik semula melihat BN yang boleh membela nasib mereka,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Anugerah Tawaran Baru Kepada Guru Besar di Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Syed Zahiruddin, Ayer Tawar di Merlimau dekat Jasin hari ini.

rally proceeds to Pudu IPK Semalam, polis menahan 109 termasuk lapan pemimpin kanan Hindraf dan Hak Asasi Manusia (HRP) kerana berdemonstrasi secara haram di sekitar Kuala Lumpur City Centre (KLCC) dan Jalan Pudu, Kuala Lumpur bagi mendesak kerajaan membatalkan novel “Interlok” daripada dijadikan buku teks.

Muhyiddin dalam lawatan kerja sehari sempena pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Melaka kawasan Merlimau yang diadakan berikutan kematian penyandangnya dari BN, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan akibat serangan jantung pada 20 Jan lalu.

Pilihan raya kecil pada 6 Mac ini menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN, Roslan Ahmad, 44 dan calon PAS, Yuhaizad Abdullah, 38.

jinjang station gates 4pm Muhyiddin berkata walaupun kumpulan itu pernah membuat demonstrasi seperti itu sebelum pilihan raya umum 2008, ia gagal mempengaruhi pemikiran masyarakat India.

"Jadi dia (Hindraf) nak membuat situasi seolah-olah negara ini tidak aman dan mereka telah berjuang untuk rakyat, tapi jelas terbukti tidak mendapat sokongan,” katanya.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata kementerian telah pun mengambil inisiatif yang dipersetujui berkaitan novel Interlok.

 - Bernama

ADS