Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Muhyiddin gesa PAS tak maharajalela keluar fatwa

Majlis Fatwa Kebangsaan adalah badan yang bertanggungjawab mengeluarkan fatwa di negara ini dan Pakatan Rakyat tidak sepatutnya mengeluarkan fatwa kerana ia boleh menyelewengkan akidah umat Islam di Malaysia.

NONE Sehubungan itu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pembangkang, khususnya PAS tidak perlu bermaharajalela mengeluarkan fatwa semata-mata kepentingan politik mereka.

“Pelbagai fatwa yang dikeluarkan (oleh PAS). Orang Islam dah ada pendidikan dan dipimpin oleh jabatan agama, jadi apa perlu tok-tok guru (PAS) yang turun ke bawah untuk bagi pelbagai fatwa baru?

“PAS dulu kata sokong Umno masuk neraka, imam Umno tak boleh jadi iman, kena imam dia saja.

NONE “Tak tahu kenapa perlu keluar fatwa songsang...mereka bermaharajalela keluarkan fatwa yang membawa kesan kepada umat Islam...untuk tujuan politik semata-mata,” kata Muhyidin ketika berucap sempena majlis anugerah kecemerlangan pelajar PMR di Sekolah Menengah Kebangsaan Dang Anum dan jamuan rakyat di Merlimau, Melaka.

'Bukan sahaja kafir tapi jahiliah'

Menurut Muhyiddin, masyarakat di Merlimau yang terdidik tidak akan terpengaruh denga dakyah yang ditaburkan oleh Pakatan Rakyat bagi memancing undi itu.

NONE "Kalau pembangkang rasional dia kena iktiraf... kebahagian yang diterima oleh rakyat jelata tapi pe'el pembangkang ni apa yang kita lakukan semua tak betul, malah ditokok tambah. Dia label orang yang tak sokong PAS bukan sahaja kafir tapi jahiliah,” katanya.

Pada perjumpaan ini Muhyiddin juga memberi jaminan untuk membantu sekolah berkenaan membina sebuah dewan serbaguna yang dianggarkan bernilai sekitar RM2 juta.

"Mungkin Datuk Ali boleh tolong setengah, saya tolong setengah." katanya.

Bercakap kepada pemberita kemudiannya, Muhyiddin yang juga timbalan presiden Umno ditanya andaian PAS mengatakan ia boleh menang pada pilihan raya kecil itu dengan jumlah peratus tertentu.

merlimau by election pas announcement candidate 240211 Menurut Muhyiddin, parti pembangkang boleh membuat perkiraan tetapi itu hanya taktik dan helah politik.

    

Ditanya mengenai cadangan PAS menubuhkan skuad kamera untuk mengintip pergerakan calon BN bagi mengesan salah laku, Muhyiddin mengucapkan terima kasih.

"Kita senyum lebih'

“Terima kasih dia beritahu kepada kita, nanti bila depan kamera kita senyum lebih, kita beritahu dia terima kasih lah kerana nak berkempen membantu kita.

"Kita (BN) dalam strategi kempen kita tumpu kepada pengundi, kita tidak tumpu kepada calon dan jentera. Kita lebih kepada pengundilah. Kalau dia nak menang dia pergi kepada pengundi, pasal apa dia pergi pada calon kita, calon kita sudah tentu tidak sokong dia," katanya tindakan PAS itu kerana ia sudah ketandusan isu.

NONE Mengenai sokongan badan bukan kerajaan (NGO) kepada BN, Muhyiddin mengalu-alukan sokongan tersebut dan berkata mereka mengetahui jasa yang dilakukan kerajaan BN.   

Muhyiddin diiringi Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam, dalam lawatan kerja sehari ke DUN Merlimau.

ADS