Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Halang polis: Wartawan, 8 wanita ditangkap
Diterbitkan:  Feb 27, 2011 4:30 PM
Dikemaskini: 10:31 AM

Seramai 109 orang, termasuk lapan pemimpin kanan Hindraf dan Hak Asasi Manusia (HRP) ditahan polis kerana berdemonstrasi secara haram bagi membantah novel Interlok diKuala Lumpur hari ini.

hrp rally 270211 kl cpo zulkifli abdullah press conference Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Zulkifli Abdullah bagaimanapun enggan mengulas sama ada pemimpin Hindraf P Uthayakumar turut ditahan.

Beliau berkata yang ditahan termasuk lapan wanita, serta dua pemberita media alternatif mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas polis.

Mereka yang berumur antara 18 dan 66 tahun ditahan dalam tempoh 24 jam ini mengikut Seksyen 27 (5) Akta Polis kerana menyertai demonstrasi haram, dan ada di antara mereka yang ditahan mengikut 45 (1) Akta Pertubuhan 1966 memandangkan polis menolak permohonannya untuk mengadakan demonstrasi, katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata semua mereka ditahan di sekitar Kuala Lumpur City Centre (KLCC) dan Jalan Pudu sejak 8 pagi tadi, dan polis juga turut merampas baju yang berbaur provokasi serta jika perlu polis akan melanjutkan tempoh tahanan reman mereka.

hindraf mass rally against umno and interlok 270211 2 Zulkifli turut merakamkan penghargaan polis kepada 13 persatuan bukan kerajaan kaum India yang membantu memujuk masyarakat India supaya tidak menyertai demonstrasi haram itu yang antara lain mendesak kerajaan membatalkan buku Interlok daripada dijadikan buku teks serta mahukan pemimpin Hindraf yang ditahan dibebaskan.                                      

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS